Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Semua negara yang berjiran dengan Congo meningkatkan langkah pencegahan, termasuk Tanzania yang melaksanakan prosedur kawalan lebih ketat di hab transit utama.
Transcript
00:00Tanzania memperketat saringan kesihatan di pintu masa utama negara termasuk pelabuhan dan lapangan terbang bagi mengelak penularan virus Ebola dari
00:09Kongo yang masih bergelut dengan wabak berkenaan.
00:13Menurut Kementerian Kesihatan Kongo sehingga Sabtu, negara itu merekodkan 2,973 kes Ebola yang disahkan dengan 1,309 kematian sejak
00:24wabak itu bermula.
00:28Susulan itu, semua negara yang berjiran dengan Kongo meningkatkan langkah pencegahan termasuk Tanzania yang melaksanakan prosedur kawanan lebih ketat di
00:37hub transit utama.
00:39Sejak wabak Ebola tercetus di Kongo, pihak berkuasa kesihatan Tanzania memperkukuh pemeriksaan kuarantin di pelabuhan Kigoma.
00:47Pegawai kesihatan berkata, semua penumpang menjalani saringan suhu badan menggunakan pengimas haba sebelum dibenarkan turun dari bot atau kapal.
00:54Individu yang dikesan mempunyai suhu badan tinggi akan dikehendaki menjalani pemeriksaan lanjut.
01:01Langkah kawalan itu turut diperluaskan ke lapangan terbang Kigoma dengan semua penumpang yang tiba dan berlepas diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu
01:10badan serta sanitasi tangan.
01:12Pelancong asing pula dikehendaki mendaftarkan maklumat peribadi secara terperinci bagi memudahkan pemantauan sekiranya diperlukan.
01:19Pada masa sama, video kesedaran mengenai pencegahan Ebola ditayangkan secara berulang di ruang menunggu lapangan terbang,
01:27manakala poster maklumat dipamerkan di seluruh kawasan terminal.
01:31Selain Tanzania, negara jiran Kongo lain seperti Uganda, Rwanda dan Zambia
01:35turut mempertingkatkan saringan kesihatan di sempadan serta mengetatkan kawalan kemasukan bagi menghalang sebarang penularan virus Ebola.
01:46Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended