00:00Hampir 200,000 penduduk dipindahkan dari kawasan berhampiran Bordeaux, susulan kebakaran hutan yang terus merebak di barat daya Perancis.
00:10Pesawat pemadam api udara digunakan bagi memadam kebakaran di luar Bordeaux, namun ia gagal mengawal api yang marak.
00:20Terletak kira-kira 20km di barat Bordeaux, ia salah satu daripada 32 kebakaran yang masih belum dapat dikawal di selatan
00:29Perancis dan sedang memusnahkan kawasan hutan pokok pain.
00:34Wakil pasukan bomba berkata keadaan api yang terlalu besar menyukarkan usaha pemadaman kerana api yang berada kira-kira 500m dari
00:42lokasi mampu merebak sejauh itu dengan cepat.
00:46Beliau turut menjangkakan kebakaran akan terus meribak berikutan angin kencang yang diramal mencecah 80km sejam.
00:54Dalam pada itu, di pusat penerimaan sementara, katil-katil disediakan dan makanan dalam kuantiti besar dimasak bagi menampung keperluan anggota
01:03bomba yang keletihan.
Comments