00:04Bersama kembali, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghentikan sementara serangan terhadap Iran bagi memberi lebih ruang kepada usaha diplomatik.
00:13Perkara itu disahkan Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Mike Walz, dalam wawancara bersama Fox News pada
00:21ahad.
00:44Menurut Walz, Trump masih mengutamakan penyelesaian menerusi rundingan walaupun ketegangan antara Washington dan Teheran kekal tinggi, bagaimanapun beliau tidak memperincikan
00:54bentuk atau pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut.
00:57Perkembangan itu berlaku selepas satu tempoh tenang direkodkan pada hujung minggu dengan tiada laporan mengenai serangan baru antara kedua-dua
01:05pihak.
01:05Pentagon turut dilaporkan menghentikan operasi pengeboman selepas 13 malam berturut-turut melancarkan serangan terhadap sasaran di Iran.
01:13Pada masa sama, tiada laporan mengenai serangan balas Iran terhadap negara-negara jiran di rantau Asia Barat sepanjang tempoh berkenaan.
01:20Seorang pegawai kanan pentadbiran Trump turut menjelaskan bahawa pendekatan diplomasi sentiasa menjadi pilihan utama Trump.
Comments