00:00Kiev diserang Rusia awal pagi ahad mengakibatkan kebakaran di sekurang-kurangnya tiga daerah selepas serpihan peluru berpandu yang dipintas jatuh
00:11di kawasan berkenaan.
00:12Datuk Bandar Kiev berkata kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah bangunan bertingkat di daerah tengah bandar itu.
00:19Perkhidmatan kecemasan negara Ukraine turut menyiarkan video dan gambar anggota bomba yang berusaha memadamkan kebakaran susulan serangan berkenaan.
00:28Menurut tentera udara Ukraine, pasukan Rusia menyasarkan Kiev menggunakan peluru berpandu balistik.
00:35Bagaimanapun, amaran serangan udara yang dikeluarkan sebelum itu ditarik balik kira-kira 50 minit kemudian selepas ancaman berkenaan berakhir.
00:45Beliau memaklumkan pada pagi ahad sekurang-kurangnya tiga individu mengalami kecederaan akibat serangan tersebut.
00:51Sementara itu, Presiden Ukraine Vladimir Zelensky memberi amaran Rusia berkemungkinan melancarkan serangan baharu dalam tempoh 48 jam yang akan datang.
Comments