Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Perancis meluluskan undang-undang baharu yang melarang kanak-kanak bawah 15 tahun daripada mengakses media sosial. Langkah itu menjadikan Perancis negara pertama di Eropah melaksanakan larangan sedemikian.
Transcript
00:00Perancis menjadi negara pertama di Eropah yang meluluskan undang-undang melarangkan kanak-kanak bawah usia 15 tahun daripada mengakses media
00:07sosial.
00:08Rang undang-undang yang disokong Presiden Emmanuel Macron itu diluluskan majoriti besar di Dewan Senat dan Dewan Nasional.
00:17Larangan tersebut di jadual berkuat kuasa pada awal sesi persekolahan baru bermula 1 September.
00:23Di bawah peraturan baru itu, pembukaan akaun media sosial baru bagi individu berusia bawah 15 tahun tidak lagi dibenarkan.
00:31Bagi remaja yang sudah mempunyai akaun media sosial, tempoh peralihan selama 4 bulan diberikan sebelum larangan berkuat kuasa sepenuhnya pada
00:391 Januari 2027.
00:42Platform digital juga diwajibkan melaksanakan sistem pengesahan umur bagi menguatkuasakan undang-undang tersebut walaupun kaedah pelaksanaannya masih belum dimutamatkan.
00:51Beberapa pengecualian diberikan melibatkan platform pendidikan dan encyklopedia dalam talian.
00:58YouTube dan WhatsApp turut dikecualikan sebahagiannya dengan pengguna masih dibenarkan menonton video serta menghantar mesej, namun fungsi komen dan perkongsian
01:06kandungan akan dihadkan.
01:09Selain itu, undang-undang berkenaan turut memperkenalkan larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah menengah bermula 1 September kecuali dalam keadaan
01:16tertentu yang dibenarkan pihak sekolah.
01:18Menurut Agensi Keselamatan Makanan Alam Segitar dan Kesehatan Pekerjaan Perancis, kira-kira separuh daripada remaja di negara itu menggunakan telefon
01:27pintar antara 2 hingga 5 jam sehari dengan sebahagian besar masa dihabiskan di platform media sosial.
01:34Walaupun syarikat media sosial secara umumnya menentang larangan menyeluruh, kebanyakan platform menyatakan mereka akan mematuhi peraturan yang diluluskan kerajaan.
Comments

Recommended