Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Setiausaha Agung PBB António Guterres dijadual melawat Syria dan bertemu Presiden Ahmed Al-Sharaa minggu ini. PBB percaya Syria masih mempunyai peluang untuk pulih meskipun berdepan cabaran keselamatan dan ekonomi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres akan mengadakan lawatan rasmi ke Syria minggu ini.
00:07Timbalan utusan khas PBB ke Syria, Claudio Cordon berkata, Syria mempunyai peluang yang nyata untuk bangkit semula sekiranya institusi negara
00:15dapat dibangunkan berasaskan prinsip keterangkuman, kebertanggungjawaban dan kemampuan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
00:26Menurut PBB, Guterres akan bertemu Presiden Syria, Ahmed Al-Syarak dalam lawatan pertama ke negara itu sejak memegang jawatan setiausaha
00:33agong.
00:34Syria sebelum ini berusaha mengelakkan diri daripada terheret secara langsung dalam konflik serantau yang melibatkan beberapa negara jiran termasuk Lubnan
00:42dan Irak.
00:43Keadaan itu berlaku ketika rantau asal barat terus bergelut dengan ketegangan melibatkan Israel, Iran serta kumpulan bersenjata yang disokong Teheran.
00:51Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Lubnan Joseph Aoun dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi membentangkan pelan
00:59pelucutan senjata Hezbollah serta usaha memastikan pengunduran tentera Israel dari wilayah Lubnan.
01:06PBB berharap perkembangan diplomatik yang sedang berlaku dapat membantu mewujudkan kestabilan lebih menyeluruh di Syria dan rantau Asia Barat.
Comments

Recommended