Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Donald Trump mengarahkan sekatan penerbangan terus syarikat penerbangan AS ke Lubnan yang berkuat kuasa sejak 1985 ditarik balik.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan pentadbirannya membenarkan semua syarikat penerbangan negara itu mengendalikan penerbangan terus ke Lubnan.
00:09Trump mengumumkan perkara itu pada selasa selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun.
00:18Sekatan terhadap penerbangan Amerika ke Lubnan dilaksanakan pada tahun 1985, susulan insiden rampasan pesawat Trans World Airlines penerbangan 847.
00:28Pesawat yang dalam perjalanan dari Athens, Greece ke Rome, Itali itu dirampas dan dipaksa mendarat di Beirut.
00:36Dalam kejadian yang berlarutan selama 17 hari itu, seorang anggota penyelam tentera laut Amerika dipunuh.
00:43Arahan terbaru itu menyusuli langkah Trump pada Januari lalu yang mengarahkan Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat menarik balik sekatan perkhidmatan penerbangan
00:50penumpang ke Venezuela.
00:52Arahan tersebut dikeluarkan selepas Amerika Syarikat menawan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dalam operasi ketenteraan pada awal bulan berkenaan.
01:01Perkhidmatan penerbangan antara kedua-dua negara kembali beroperasi pada penghujung April selepas digantung selama tujuh tahun menerusi penerbangan American Airlines
01:10dari Miami ke Caracas.
01:12Pentadbiran penerbangan Persekutuan FAA dan Jabatan Pengangkutan Amerika belum memberikan sebarang maklum balas berhubung arahan melibatkan Lubnan itu.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended