Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Lebih 213,000 usahawan PMKS menerima manfaat menerusi inisiatif Power Up 10K sepanjang enam bulan pertama tahun ini, dengan peruntukan hampir RM7 bilion disalurkan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan.
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kuskop menyalurkan peruntukan hampir RM7 bilion menerusi inisiatif Power Up 10K.
00:09Inisiatif tersebut membantu lebih 213,000 usahawan, perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS di seluruh negara sepanjang tempoh enam bulan
00:19pertama tahun ini.
00:23Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Stephen Sim berkata, dana perkenaan disalurkan menerusi pelbagai program sokongan dan pembiayaan di bawah inisiatif
00:31tersebut
00:31yang menyasarkan penyaluran keseluruhan berjumlah RM15 bilion sepanjang tahun ini.
00:37Belah berkata kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan Kuskop dalam memastikan sektor PMKS kekal berdaya saing dan mampu mendepani pelbagai cabaran
00:45ekonomi global semasa.
00:46Belah berkata demikian sewaktu menghadiri majlis perhimpunan bersama warga dan agensi Kuskop Negeri Sembilan pada Selasa.
00:52Dalam perkembangan berkaitan bagi Negeri Sembilan sahaja, Kuskop telah menyalurkan sebanyak RM345 juta kepada lebih 6,600 usahawan tempatan.
01:02Sementara itu Stephen berkata Kuskop turut menetapkan hala tuju baru bagi memastikan semua agensi di bawah kementerian tersebut bertindak sebagai
01:08barisan hadapan yang efisien dalam membantu perniagaan.
01:11Pendekatan itu katanya memberi penekanan kepada penambahan sumber perniagaan, peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta pengurangan kos pematuhan bagi meringankan
01:22beban usahawan.
Comments

Recommended