00:00Moody's Rating terus menyuarakan kebimbangan terhadap ketidaktentuan dasar serta risiko kemampanan fiskal di Indonesia.
00:08Sekaligus mengekalkan penerian berhati-hati dengan memberi amaran bahawa risiko penurunan dijangka berlarutan.
00:15Naib Presiden bahagian risiko kedaulatan Moody's, Martin Patch berkata,
00:19walaupun terdapat beberapa perkembangan positif, imbangan risiko menjadi sedikit lebih negatif.
00:25sejak agensi penarafan itu menurunkan prospek Indonesia kepada negatif pada Februari lalu.
00:32Patch berkata tekanan semakin ketara khususnya selepas Perang Iran,
00:35apabila peningkatan subsidi memberi tekanan kepada kedudukan fiskal negara itu bagi tahun ini dan tahun depan.
00:41Penilaian itu mencerminkan kebimbangan berterusan pelabur terhadap agenda ekonomi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
00:48Kebimbangan mengenai disiplin fiskal, kebebasan bank pusat serta peranan kerajaan yang semakin meluas dalam sektor-sektor utama
00:55terus menekan prestasi aset Indonesia tahun ini, menyebabkan bon, mata wang dan pasaran saham negara itu
01:01antara yang berprestasi paling lemah di rantau ini.
01:05Moody's terus mengenalpasti PT Danantara Sumberdaya Indonesia,
01:09sebuah agensi baru yang ditubuhkan pada Mei untuk menyelia ekspor bahan lentah sebagai antara faktor risiko utama.
01:15Menurut Patch, kekurangan kejelasan mengenai mandat agensi itu meningkatkan kebimbangan pelabur terhadap campur tangan kerajaan yang semakin meluas.
01:23Selain itu, Moody's perpandangan asas hasil kerajaan Indonesia yang sempit menjadi kekangan yang semakin ketara.
01:30Sekaligus mengehadkan ruang fiskal untuk membiayai program berskala besar, seperti program makan tengah hari percuma.
01:36Bagaimanapun terdapat beberapa perkembangan positif, apabila Indonesia mengurangkan peruntukkan bagi program makan tengah hari percuma,
01:43sesulan peningkatan kos subsidi tenaga bagi memastikan defisit fiskal kekal dalam had yang ditetapkan undang-undang.
01:49Terima kasih telah menonton!
Comments