00:00Calon Perikatan Nasional untuk Dewan Dangan Negeri Layang-Layang, Abdul Muttalib Abdul Rahim, mahu memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan isu
00:07tanah serta pemilikan rumah generasi kedua Felda jika diberi mandat dalam PRN kala ini.
00:13Kata beliau isu itu antara perkara yang perlu diberi perhatian bagi membantu anak muda dan generasi kedua Felda membina kehidupan
00:22yang lebih stabil.
00:25Menurutnya beberapa pendekatan telah dirangka bagi memudahkan golongan tersebut memiliki rumah khususnya selepas isu pemilikan tanah diselesaikan.
00:34Jadi untuk yang kedua ini saya usahakan untuk tanah generasi kedua Felda dan insyaAllah cara macam mana kita nak bantu
00:42anak-anak pelia Felda, anak generasi kedua Felda ini untuk mendirikan rumah setelah besok tanah mereka miliki, itu insyaAllah sebagai
00:51wakil rakyat saya berusaha.
00:52Untuk menyelesaikan masalah mereka sebab saya pun dah pernah planning beberapa perkara, rancang macam mana cara pendekatan yang mudah untuk
01:01mereka memiliki rumah.
01:03Pada PRN Johor kali ini, Don Layang-Layang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon barisan nasional daripada MCA,
01:11Cua Jian Bun, calon Pakatan Harapan daripada PKR, Guna Balakrishnan dan calon PN daripada Bersatu Abdul Muttalib Abdul Rahim.
01:20Abdul Muttalib merupakan penyandang kerusi Don Layang-Layang selepas memenanginya pada PRN Johor 2022 atas tiket barisan nasional.
01:27Pada PRN Johor 2022, beliau menang dengan majoriti 2,815 undi selepas menewaskan Dr. Mazli Malik dari PH,
01:36K. Alagathiran dari PN dan Ahmad Syafiq Osman dari Pejuang.