Skip to playerSkip to main content
Projek ternakan arnab bantu tingkat taraf hidup asnaf

Program ternakan arnab di bawah inisiatif Sejati Madani di Kampung Sungai Muda yang bermula dengan hanya 50 ekor arnab dua tahun lalu, kini berkembang kepada 600 ekor, sekali gus membuka peluang kepada golongan asnaf menjana pendapatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Muda, Mohd Adli Othman berkata, projek itu menerima geran Sejati Madani berjumlah RM100,000 daripada Jabatan Perdana Menteri pada 2024.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786841/edisi/johor/projek-ternakan-arnab-bantu-tingkat-taraf-hidup-asnaf

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Projek #TernakanArnab #Asnaf
Transcript
00:00Program Ternakan Arnab dibawa inisiatif Sejati Madani di Kampung Sungai Muda yang bermula dengan hanya 50 ekor arnab dua tahun
00:08lalu,
00:09kini berkembang kepada 600 ekor, sekaligus membuka peluang kepada gulungan asnaf menjana pendapatan.
00:16Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK Kampung Sungai Muda, Muhammad Adli Othman berkata,
00:23projek itu menerima geran Sejati Madani berjumlah RM100,000 daripada Jabatan Perdana Menteri pada 2024.
00:31Menurutnya, projek berkenaan dipilih kerana penternakan Arnab masih kurang diterukai di bawah program tersebut,
00:38selain berpotensi menjadi sumber pendapatan baharu kepada komuniti.
00:42Kita ambil inisiatif ini untuk kita laksanakan projek Ternakan Arnab ini untuk kita menjana pendapatan
00:49dan juga mengurangkan berbanan kepada gulungan asnaf dan pemilihan kita pula yang menjaga Ternakan Arnab ini,
00:58kita pilih yang dalam senarai gulungan asnaf yang di bawah Majlis Agama Islam di Johor.
01:04So, kita pilih untuk beliau ternak dan juga dengan cara begini dapat mengurangkan jurang kemiskinan.
01:22Beliau berkata projek itu kini mempunyai kira-kira 250 ekor Arnab Indok daripada baka cincila,
01:29New Zealand White, Lionhead dan Mini Rex.
01:32Katanya, selain menjual Arnab Indok dan Arnab Hiasan, pihaknya turut memasarkan daging Arnab pada harga RM48 sekilogram,
01:40minat Arnab RM25 sebotol serta baja Arnab RM5 bagi setiap pak seberat 500 gram.
01:47Muhammad Adli berkata sambutan terhadap produk ternakan itu menggalakkan,
01:52terutama daripada penduduk setempat, selain JPKK sendiri lebih menumpukan program kebajikan kepada penduduk kampung.
01:59Ujarnya, seekor Arnab betina mampu melahirkan sehingga 10 ekor anak bagi setiap kelahiran
02:05dengan kekerapan kira-kira sekali setiap dua bulan dan lazimnya dipasarkan ketika berusia kira-kira 100 hari.
02:12Tambahnya, hasil pendapatan projek itu disalurkan semula kepada komuniti
02:17menerusi program bank makanan, bantuan tunai serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Comments

Recommended