Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Media Goodwill Games 2026 himpunkan pengamal media seluruh negara, kukuhkan jaringan dan semangat kerjasama melalui acara sukan, dengan cadangan penganjuran lebih kerap setiap dua tahun.
Transcript
00:00di mana Sukan terus menjadi platform terbaik dalam mengukuhkan hubungan silaturahim
00:04dan semangat kerjasama dalam kalangan pengamal media dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
00:09menerusi penganjuran program media Goodwill Games 2026.
00:14Dan Presiden Klub Akbar Kebangsaan NPC, Dato' Ahiruddin Atan berkata
00:20penganjuran program itu bertujuan menghimpunkan wartawan dan juga penggiat media
00:24dari seluruh negara yang jarang berpeluang bertemu dalam satu acara.
00:27Kita sediakan satu fikir menarik untuk anda berkenaan laporan ini.
00:33Menurut beliau, kejayaan penganjuran Goodwill Games di Pulau Pinang diharap dapat diteruskan
00:39di lokasi lain pada masa hadapan dengan penyertaan lebih meluas
00:43termasuk melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, kooperasi dan sektor kooprak.
00:52Betul, betul. Saya rasa kalau kita dapat repeat kejayaan Goodwill Games di Pulau Pinang ini
01:04di mana-mana saja yang kita buat selepas ini, yes.
01:09I think we can fact kalau sebolehnya kita akan dapatkan bukan saja penyataan
01:15daripada penggiat media dan wartawan tapi daripada stakeholder selain seperti kerajaan
01:31dan juga kooperasi, korporat.
01:35Ahiruddin berkata pihaknya berancang untuk mengadakan program sama dalam tempoh dua tahun sekali
01:41berbanding tempoh sedia ada, empat tahun sekali sejak program ini mula dianjurkan pada tahun 2022.
01:48Beliau berkata demikian ketika ditemui pada perlawanan bola sepak di antara pasukan NPC
01:53melawan Sabah Media di Padang Bola Sepak di Universiti Sains Malaysia USM di Pulau Pinang.
01:58Pada perlawanan itu, pasukan Sabah Media menewaskan pasukan NPC dengan kiraan mata 4-2 gol.
02:08Sementara itu, pengerusi Klub Rekerasi Media dan Komunikasi Kota Kinabalu, Christopher Bernard Maskilun
02:13berkata program tersebut memberi peluang kepada pengembal media dari Sabah
02:17untuk kembali bertemu rakan-rakan media dari Semenanjung
02:20selepas kali terakhir program seumpamanya dianjurkan di Kota Kinabalu kira-kira empat tahun lalu.
02:26Beliau berkata pertemuan itu bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan silaturahim, malah memperkukuh jaringan.
02:35Jadi pada hari ini kami turut berbangga sebab dapat berkumpul bersama dengan rakan-rakan media
02:43daripada Semenanjung yang kadang-kadang jarang jumpa lah.
02:48Karena 4 years ago memang ada buat di Sabah, di Kota Kinabalu.
02:52Jadi kami berjumpa balik lagi hari ini bertambah erat lagi kami punya silaturahim.
03:02Memang ini satu program yang bermanfaat dan betul-betul bagus untuk rakan-rakan media yang di Sabah, di Sarawak dan
03:09di Semenanjung.
03:11Program media Good Media Good Will Games 2026 diadakan di Pulau Pinang
03:16selepas program sama dianjurkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 2022.
03:21Para media dari Sabah dan Semenanjung masing-masing menunjukkan bakat dan kehebatan
03:26melalui pertandingan sukan membabitkan acara bola sepak, bowling, dart dan badmintat.
Comments

Recommended