Skip to playerSkip to main content
Calon PN bagi DUN Layang-Layang, Abdul Mutalip Abd Rahim, mahu memberi tumpuan kepada penyelesaian isu tanah dan pemilikan rumah generasi kedua FELDA, selain menambah baik kemudahan infrastruktur.

#PRNJohor #JohorMemilih

Transcript
00:00Calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Dun Layang-Layang Abdul Muttalib Abdul Rahim mahu memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan
00:08isu tanah serta pemilikan rumah generasi kedua Felda jika diberi mandat pada pilihan rakyat negeri PRN Johor.
00:15Beliau berkata isu itu antara perkara yang perlu diberi perhatian bagi membantu anak muda dan generasi kedua Felda membina kehidupan
00:24lebih stabil.
00:27Menurutnya beberapa pendekatan telah dirangka bagi memudahkan golongan tersebut memiliki rumah khususnya selepas isu pemilikan tanah diselesaikan.
00:36Untuk yang kedua ini saya usahakan untuk tanah generasi kedua Felda dan insyaAllah cara macam mana kita nak bantu anak
00:44-anak pelia Felda, anak generasi kedua Felda ini untuk mendirikan rumah setelah besok tanah mereka miliki.
00:50Itu insyaAllah sebagai wakil rakyat saya berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka sebab saya pun dah pernah planning beberapa perkara rancang
01:00macam mana cara pendekatan yang mudah untuk mereka memiliki rumah.
01:04Pada PRN Johor kali ini, Dun Layang-Layang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon barisan nasional daripada MCA,
01:12Cua Jian Bun, calon Pakatan Harapan daripada PKR, Guna Balakrishnan dan calon PN daripada bersatu Abdul Muttalib Abdul Rahim.
01:21Abdul Muttalib merupakan penyandang kerusi Dun Layang-Layang selepas memenanginya pada PRN Johor 2022 atas tiket barisan nasional.
01:28Pada PRN Johor 2022, beliau menang dengan majoriti 2,815 undi selepas menewaskan Dr. Mazli Malik dari PH,
01:37K. Alagathiran dari PN dan Ahmad Syafiq Osman dari Pejuang.
Comments

Recommended