00:00Malaysia kini berdepan fenomena ketepuan maklumat dalam usaha memerangi skam apabila masyarakat semakin terdedah kepada pelbagai kempen kesedaran, namun jumlah
00:10mangsa penipuan digital masih berterusan.
00:12Menurut Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia MCCA, Muhammad Sirajudin Jalil, situasi itu berlaku kerana mesej kesedaran yang berulang tidak lagi
00:22mencukupi untuk menandingi kepatasan evolusi modus operandi jenayah saiber.
00:28Katanya Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada kempen kesedaran semata-mata, sebaliknya memerlukan pendekatan yang lebih sistemik, melibatkan pendidikan, dasar
00:37undang-undang serta kerjasama semua pihak secara serentak.
00:41Pada masa sama, Muhammad Sirajudin berkata, perkembangan teknologi kercedasan buatan AI menjadikan cabaran keselamatan saiber semakin kompleks apabila suara, gambar
00:51dan video kini boleh dipalsukan dengan tahap ketepatan yang sukar dibezakan.
00:57Justru beliau mencadangkan supaya konsep kepercayaan sifar atau jangan terus percaya diterapkan dalam ekosistem digital negara dengan setiap maklumat, identiti
01:07dan transaksi perlu melalui proses pengesahan sebelum dianggap sah.
01:10Jadi, kita perlu ada anjakan yang lebih dari sudut bukan hanya berharap kepada kempen kesedaran, bukan hanya berharap kepada kesediaan
01:22undang-undang, polisi dan atas di pekat kerajaan,
01:31tetapi kita perlu menggerakkan banyak elemen-elemen penting secara paralel, maknanya seiring.
01:39Menurutnya, pendekatan itu perlu diterajui kerajaan dengan sokongan sektor swasta dan pengguna bagi bentuk budaya keselamatan digital yang lebih mampan
01:47dalam era AI dan ancaman saiber yang semakin canggih.
01:50Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Khamis.
01:54Terima kasih telah menonton!
Comments