00:00Berkuat kuasa serta merta, kerajaan mengekalkan caruman skim kemalangan bukan bencana kerja lindung 24 jam sebagai mandatory bagi pekerja asing,
00:10manakala bagi pekerja tempatan pelaksanaannya ditukar kepada penyertaan secara sukarela.
00:15Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, keputusan dibuat jemaah menteri selepas meneliti pelbagai pandangan dan maklum balas yang
00:25dikemukakan rakyat berhubung pelaksanaan skim berkenaan.
00:30Menurut beliau, pekerja tempatan kini diberikan kebebasan untuk membuat pilihan, sama ada mahu mencarum di bawah skim lindung 24 jam
00:37berdasarkan keperluan dan pertimbangan masing-masing.
00:40Mekanisme pelaksanaan serta kaedah penyertaan sukarela akan diumumkan oleh Pertumbuhan Keselamatan Sosial Perkeso dalam masa terdekat.
00:48Bagaimanapun, kerajaan menegaskan tiada perubahan terhadap pelaksanaan skim bagi pekerja asing yang akan terus diwajibkan mencarum mengikut peruntukan undang-undang
00:56sediada.
00:57Dalam kenyataan itu, Perkeso menegaskan skim lindung 24 jam kekal sebagai inisiatif penting, pelindungan sosial yang mendirikan pelindungan kepada pekerja
01:06sekiranya mengalami kemalangan di luar waktu dan tempat kerja, termasuk ketika menjalankan aktiviti harian.
01:12Menurut Perkeso, usaha memastikan kebajikan serta pelindungan sosial seluruh tenaga kerja di negara ini terus menjadi keutamaan agensi itu di
01:21bawah Kementerian Sumber Manusia Kesuma.
01:23Pada masa sama, Kesuma akan meneliti semula mekanisme pelaksanaan skim berkenaan menjelang penghujung tahun ini termasuk dari aspek hala tujuh
01:32dasar, keberkesanan pelaksanaan dan kemampanan dana.
01:36Kementerian berkata hasil penelitian itu, jika perlu, akan dibentangkan di Parlimen bagi mempertimbangkan candangan pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja
01:451969 Akta 4.
01:47Perkeso turut akan mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan pelindungan sosial dan manfaat yang ditawarkan di bawah skim lindung
01:5624 jam supaya pekerja dapat membuat keputusan yang lebih tepat berhubung penyertaan mereka.
Comments