Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kajian ILO mendapati hampir 80 juta pekerja ASEAN terdedah kepada Gen-AI, namun tiada bukti kehilangan pekerjaan secara besar-besaran setakat ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kecudasan buatan generatif atau Gen AI berpotensi mempengaruhi hampir 80 juta pekerja di seluruh ASEAN.
00:08Bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa ILO
00:13mendedahkan setakat ini tiada bukti menunjukkan berlakunya kehilangan pekerjaan secara besar-besaran
00:19akibat penggunaan teknologi tersebut.
00:22Laporan bertajuk Generatif AI and Labor Markets in ASEAN,
00:26Significant Exposure, Limited Disruption, Uneven Preparedness
00:30mengkaji implikasi Gen AI terhadap pekerjaan dan pasaran buruh di sebelas negara ASEAN
00:36dengan menilai tahap pendedahan mengikut jenis pekerjaan dan corak semasa penggunaan teknologi itu.
00:42Menurut anggaran ILO bagi 2025, sebanyak 22.9% daripada jumlah pekerjaan di ASEAN
00:48bersamaan hampir 80 juta pekerja berada dalam kategori pekerjaan
00:53yang mempunyai sekurang-kurangnya potensi pendedahan kepada gen AI.
00:57Namun, hanya 3.3% daripada tenaga kerja atau kira-kira 11.7 juta pekerja
01:04bekerja dalam pekerjaan yang diklasifikasikan dalam kategori pendedahan tertinggi.
01:10Pada masa sama, kira-kira 67% pekerjaan di ASEAN
01:13masih tertumpu dalam kategori yang dikenalpasti tidak mempunyai pendedahan kepada gen AI.
01:19Daripada 9 negara ASEAN yang mempunyai data, Singapura mencatatkan peratusan tertinggi pekerja
01:25yang mempunyai sekurang-kurangnya sedikit pendedahan kepada gen AI iaitu 42.2% daripada jumlah pekerjaan.
01:32Ia diikuti Filipina iaitu 28.1%, Indonesia 21.7%, Vietnam 20.8% dan Thailand 20.6%.
01:44Laporan itu turut menyatakan bahawa jumlah pekerjaan dalam kategori yang mempunyai pendedahan tertinggi kepada gen AI
01:49terus meningkat di seluruh ASEAN.
01:52Bagai-gain pun, penggunaan gen AI masih berada pada peringkat awal dan tidak sekata
01:57dengan penerimaan lebih tertumpu dalam pekerjaan berasaskan teknologi
02:00manakala penggunaannya dalam tugas pejabat dan pentadbiran masih terhad
02:04walaupun sektor itu mempunyai tahap pendedahan yang tinggi.
02:07selamat menikmati
Comments

Recommended