00:02Pilihan raya negeri Johor kini memasuki fasa paling kritikal apabila hanya tinggal satu hari lagi sebelum tempoh berkempen berakhir pada
00:11tengah malam esok.
00:12Semua parti politik menggunakan sepenuhnya masa yang berbaki untuk meraih sokongan pengundi menjelang hari pengundian pada Sabtu ini.
00:20Ikutilah puran wartawan kami Yasmin Natasha yang berada di lapangan.
00:26Ya baik Nazirul, terima kasih rakyat tugas saya berada di studio.
00:30Ya berbaki hanya satu hari lagi sebelum tirai kempen pilihan raya negeri Johor ditutup secara rasmi pada tengah malam Jumaat.
00:38Selepas beberapa hari menyaksikan kempen berlangsung rancak di seluruh negeri, hari ini menjadi antara detik paling penting apabila parti-parti
00:46utama mengatur siri ceramah dan program kemuncak
00:49bagi mempengaruhi pengundi yang masih belum lagi membuat sebarang keputusan.
00:53Jika semalam, Perikatan Nasional terlebih dahulu mengadakan grand finale kempen mereka yang menampilkan barisan kepimpinan tertinggi termasuk Presiden PAS iaitu
01:03Tan Sri Abdul Hadi Awang
01:04dan hari ini tumpuan pula terarah kepada Pakatan Harapan.
01:08Pengurusi Pakatan Harapan yang juga Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim meneruskan siri jelajah terakhirnya di Johor
01:16dengan turun berkempen di tiga lokasi utama bagi memberi sokongan kepada calon-calon PH yang bertanding.
01:23Menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Anwar mengajak seluruh rakyat Johor untuk memeriahkan siri kempen berkenaan sebagai tanda
01:32sokongan sebelum tempoh berkempen berakhir.
01:34Jelajah beliau bermula di daerah Batu Pahat menerusi program grand finale harapan bagi Don Senggarang yang dijadual berlangsung di Pekarangan
01:43Mediwell Parmasi Banang Jaya sekitar jam 8.05 malam.
01:47Selepas itu, beliau dijadualkan bergerak ke Don Rengit bagi menghadiri program ceramah PMX yang berlangsung di Dewan Orang Asli Rengit.
01:56Siri jelajah berkenaan kemudian akan diakhiri di kawasan Johor Selatan menerusi grand finale harapan Johor Selatan bagi Don Puteri Wangsa
02:05yang diadakan di Padang Awam Taman Pelangi Indah.
02:08Secara keseluruhannya, kempen PRN Johor kali ini menyaksikan persaingan yang sengit dengan penyertaan 117 calon daripada pelbagai parti politik dan
02:19calon bebas.
02:20Daripada jumlah itu, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional masing-masing mempertaruhkan 56 calon diikuti Perikatan Nasional dengan 33 calon.
02:28Parti bersama Malaysia iaitu 15 calon, Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Muda 4 calon selain calon daripada Parti Orang Asli
02:36Malaysia, Parti Sosialis Malaysia serta 6 calon bebas.
02:40Kini, semua mata tertumpu pada baki tempoh berkempen yang tinggal kurang 24 jam sebelum pengundi di Johor membuat pilihan mereka
02:47pada Sabtu ini sekaligus menentukan landscape politik negeri bagi penggal akan datang.
02:52Itu sahaja laporan saya setakat ini. Saya akan bawakan laporan untuk Johor memilih di asrawani.com
Comments