Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong memaklumkan kerajaan telah membelanjakan RM18.7 bilion sejak 2017 bagi memenuhi obligasi kewangan 1MDB. Sebanyak RM13 bilion turut diperuntukkan pada 2023 untuk menjelaskan bon 1MDB yang dijamin kerajaan.
Transcript
00:00Mengulas isu sama, Liu Chin Tong juga memaklumkan kerajaan telah menggunakan peruntukan belanjawan tahunan bagi memenuhi obligasi kewangan One Malaysia
00:09Development Berhad OneMDB sejak tahun 2017.
00:13Jelasnya sebanyak 18.7 bilion ringgit telah dibelanjakan daripada peruntukan belanja mengurus dan belanja pembangunan yang diluluskan kerajaan bagi melangsaikan
00:24komitmen berkaitan OneMDB.
00:26Dari segi peruntukan yang telah dibelanja untuk menyelesaikan isu OneMDB, sejak tahun 2017, kerajaan telah membelanjakan sebanyak 18.7 bilion
00:43ringgit daripada peruntukan belanja mengurus dan belanja pembangunan yang diluluskan melalui belanjawan tahunan bagi memenuhi obligasi kewangan OneMDB.
00:54Sebaik saja kerajaan madani mengambil alih pentadbiran, pada Mac 2023, kerajaan terpaksa memperuntukkan 13 bilion ringgit daripada belanja pembangunan bagi
01:08melunaskan bond OneMDB berjumlah 3 bilion ringgit,
01:123 bilion USD yang dijamin oleh kerajaan jumlah tersebut bersamaan kira-kira 13.1% daripada keseluruhan peruntukan belanja pembangunan
01:26tahun 2023.
01:27Beliau menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Stamping Chong Chieng Jen mengenai cara kerajaan membayar bagi komitmen OneMDB sebanyak 20.1
01:37bilion ringgit.
01:38Beliau turut mendedahkan bahawa selepas kerajaan madani mengambil alih pentadbiran pada Mac 2023, kerajaan terpaksa memperuntukkan 13 bilion ringgit daripada
01:49belanja pembangunan bagi menjelaskan bond OneMDB,
01:52bernilai 3 bilion USD yang dijamin kerajaan.
01:57Menurut Liu, komitmen kewangan tersebut memberi kesan langsung kepada ruang fizikal kerajaan kerana peruntukan yang sepatutnya boleh digunakan bagi projek
02:05pembangunan terpaksa disalurkan untuk memenuhi obligasi hutang OneMDB.
Comments

Recommended