Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan memulakan operasi sebuah loji rawatan air (LRA) baharu berkapasiti 80 juta liter sehari (JLH) di Seberang Perai Selatan (SPS) pada 2027.
Transcript
00:00Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang PBAPP akan memulakan operasi sebuah loji rawatan air LRA baru berkapasiti 80 juta liter sehari
00:11di seberang Perai Selatan pada 2027.
00:14Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk K. Padmanaden berkata, loji yang dibangunkan mesti kaedah bina kendali pindah atau BOT itu akan menggunakan
00:23sumber air mentah dari Sungai Keryan.
00:27Beliau berkata projek itu adalah antara penyelesaian jangka sederhana PBAPP bagi memastikan bekalan air di seberang Perai Selatan mencukupi untuk
00:36memenuhi keperluan penduduk serta pembangunan industri yang semakin pesat.
00:39Dalam kenyataan pada Sabtu, beliau berkata, menjelang 2030 pula, LRA Sungai Keryan berkapasiti 114 JLH di bawah pelan kontingensi air
00:502030, WCP 2030, dijangka mula beroperasi bagi memperkukuh kestabilan perkhidmatan bekalan air di seberang Perai Selatan.
00:58Sementara itu, pada 2031, projek air Perak Pulau Pinang dijangka mula membekalkan antara 300 hingga 500 JLH air terawat dari
01:08Perak ke seberang Perai Selatan bagi memastikan bekalan air mencukupi pada dekad 2030-an, selain turut menyalurkan bekalan ke seberang
01:17Perai Tengah.
01:17Tambahnya, PBAPP juga telah mengoperasikan sebuah LRA kompak bernilai RM8.1 juta di seberang Perai Selatan sejak Mac tahun lepas
01:28yang mampu menghasilkan sehingga 6.4 JLH air terawat menggunakan sumber air mentah dari Sungai Keryan.
01:34Logik itu, kini membekalkan air terawat kepada kira-kira 4,000 pengguna berhampiran sebagai penyelesaian kejuruteraan sementara bagi tempoh 3
01:44tahun untuk memenuhi peningkatan permintaan bekalan air di daerah seberang Perai Selatan.
01:48Berdasarkan rekod PBAPP, seberang Perai Selatan mempunyai 87,611 pengguna air berdaftar dengan purata penggunaan sebanyak 116.8 JLH pada
02:002025 bersamaan kira-kira 13.5% daripada keseluruhan penggunaan air di Pulau Pinang.
Comments

Recommended