Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berpandangan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak menggambarkan kedudukan sebenar dokumen tersebut. Menurut beliau, proses libat urus dengan Singapura telah selesai dan pelan induk itu hanya menunggu pelancaran rasmi oleh Kerajaan Persekutuan, dengan ketepatan maklumat penting bagi mengekalkan keyakinan pelabur terhadap JS-SEZ.
Transcript
00:00Menteri Besar Johor Dato' On Hafiz Ghazi berpandangan kenyataan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berhubung dokumen Pelan Induk Zon
00:09Ekonomi Khas Johor Singapura JSSEZ adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat serta pelabur.
00:16Dalam hantaranya di Facebook, On Hafiz menghormati kerudukan Perdana Menteri sebagai pemimpin nombor satu negara, namun menegaskan setiap kenyataan yang
00:24dikeluarkan perlu berasaskan fakta yang tepat.
00:30Menurutnya adalah kurang sesuai sekiranya seorang Perdana Menteri memberikan gambaran yang tidak tepat berhubung status dokumen Pelan Induk JSSEZ.
00:39Pelan Induk JSSEZ merupakan dokumen milik kerajaan Malaysia dan tidak memerlukan kelulusan daripada kerajaan Singapura.
00:48Jelas On Hafiz, dokumen itu hanya memerlukan proses libat urus serta maklum balas daripada pihak Singapura dan proses berkenaan telahpun
00:56selesai dilaksanakan.
00:57Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa perkara yang masih belum dilaksanakan ketika ini hanyalah pelancaran rasmi pelan Induk tersebut oleh Kementerian Berkaitan
01:07yang akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.
01:10Tegasnya kenyataan Anwar Ibrahim itu memberi gambaran seolah-olah dokumen itu masih menunggu persetujuan semasa sesi Leaders Retreat serta memerlukan
01:19tanda tangan Perdana Menteri kedua-dua negara adalah tidak tepat.
01:22Manakala kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada Johor dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat
01:32dan pelabur.
01:34Pelancaran pelan Induk JS SEZ turut dinantikan ramai pelabur kerana dokumen itu akan menjadi pemangkin kepada keyakinan pelabur untuk terus
01:42melabur di kawasan ekonomi berkenaan.
01:45Sehubungan itu beliau memaklumkan bahawa ketepatan kenyataan berkaitan JS SEZ adalah penting kerana ia memberi kesan kepada keyakinan rakyat, komuniti
01:54perniagaan serta pelabur sedia ada.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended