00:00Naib pengurusi DAP Johor, Syekh Umar Bagarib Ali, berpendapat bahawa peluang Pakatan Harapan PH untuk membentuk kerajaan di Johor akan
00:09ditentukan oleh peratusan keluar mengundi pada pilihan raya negeri PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai ini.
00:16Beliau dalam kenyataannya turut menggesa agar para pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi serta mengajak ahli keluarga yang layak untuk turut keluar
00:25mengundi pada PRN kali ini.
00:29Ujarnya kadar keluar mengundi yang tinggi mampu memberi kelebihan kepada PH dalam usaha memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri
00:37Don.
00:38Beliau yang juga pengarah komunikasi PH Johor turut menyeru rakyat negeri itu agar memberikan sokongan kepada gabungan berkenaan dalam usaha
00:45membentuk kerajaan negeri yang baru.
00:47Jelasnya kemenangan PH dengan jumlah kerusi yang mencukupi akan membolehkan sebuah kerajaan negeri baru dibentuk sekaligus membuka ruang kepada pelaksanaan
00:57lebih banyak agenda pembangunan dan kemajuan untuk Johor.
01:00Bagaimanapun, Syekh Umar berpandangan bahawa PRN Johor tidak sepatutnya diadakan ketika ini memandangkan kerajaan negeri sebelum ini mempunyai majoriti 2
01:10per 3 dengan 40 kerusi Don serta berada dalam keadaan politik yang stabil.
01:15Beliau mendakwa kos penganjuran PRN yang dianggarkan sekitar RM90 juta boleh dijimatkan sekiranya pilihan raya negeri itu diadakan serentak dengan
01:24pilihan raya umum PRU.
01:25Tambahnya beberapa negeri lain juga dijangka akan mengadakan pilihan raya negeri masing-masing sebelum PRU dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
01:34PRN Johor dijadual berlangsung pada 11 Julai manakala pengundian awal ditetapkan pada 7 Julai.
01:40Calon-calon yang bertanding pula telah mengemukakan pencalonan masing-masing pada 27 Jun lalu.
Comments