Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Program pembangunan Bumiputera perlu dilaksanakan secara bersepadu dan bukannya secara solo oleh agensi.
Transcript
00:00Program pembangunan Bumi Putera perlu dilaksanakan secara bersepadu dan bukannya secara solo.
00:05Tegas Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim, pendekatan itu penting bagi mengelakkan pertindihan fungsi
00:11serta memastikan setiap institusi saling melengkapi dalam memperkasakan agenda pembangunan Bumi Putera.
00:19Katanya kerajaan tiada kecenderungan untuk menubuhkan agensi Bumi Putera Baharu kerana program pembangunan golongan itu
00:25perlu turut sama dijayakan semua pihak berkaitan di bawah agenda nasional.
00:30Tapi saya ingatkan, program pembangunan Bumi Putera itu bukan, saya tegaskan semula, tugas khusus badan agensi Bumi Putera semata-mata
00:45tetapi menjadi agenda nasional.
00:50Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasemen Spark 2026 Transformasi Niaga di Putera Jaya pada Sabtu.
00:58Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Keuangan berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara
01:05tanpa mengabaikan pengagihan kekayaan secara adil kepada rakyat.
01:09Ujar beliau, pembangunan ekonomi negara perlu dilaksanakan secara inklusif dengan memastikan semua golongan terus mendapat manfaat.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended