Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM429 juta bagi meningkatkan kebajikan anggota dan memperkukuh keupayaan operasi agensi penguatkuasaan di Johor. Peruntukan itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Penjara Malaysia menerusi pelbagai projek pembangunan, naik taraf kemudahan serta penambahbaikan infrastruktur operasi.
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN memperuntukkan RM429 juta untuk memperkukuh kebajikan anggota
00:07serta meningkatkan keupayaan operasi agensi perkuasaan di Johor sepanjang tempoh 2023 hingga tahun ini.
00:14Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Asutiyon Ismail berkata,
00:17peruntukan tersebut melibatkan tiga agensi utama di bawah KDN iaitu Polis Diraja Malaysia PDRM,
00:24Jabatan Imigresi Malaysia JIM dan Jabatan Penjara Malaysia.
00:30Tambahnya, usaha meningkatkan kebajikan anggota bukan sekadar menyediakan kemudahan yang lebih baik,
00:35sebaliknya merupakan satu bentuk pelaburan bagi memastikan anggota dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap.
00:41Peruntukan tersebut termasuk kemudahan tempat kerja yang lebih kondusif, kuatis yang lebih selesa
00:46serta infrastruktur operasi yang lebih modern dilihat mampu meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
00:52Jelas Saifuddin, rakyat turut sama sekali akan menerima manfaat tersebut menerusi perkhidmatan yang lebih baik
00:57suatu persekitaran yang lebih aman dan sejahtera.
01:00Justeru katanya KDN akan terus memastikan setiap peruntukan yang disalurkan dimanfaatkan
01:06dengan sebaik mungkin bagi menjaga kebajikan anggota penguatkuasa
01:10sekaligus memperkukuh aspek selamatan dan kesejahteraan rakyat Johor.
01:14Sementara itu, Saifuddin memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan peruntukan itu
01:18sebanyak RM174.8 juta melibatkan projek yang telah siap dan sedang dilaksanakan
01:24manakala baki RM255 juta pula diperuntukkan bagi projek-projek yang masih berada dalam perancangan.
01:31Menurutnya, antara projek yang sedang dilaksanakan termasuk perolehan tanah
01:35bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Pengerang,
01:38pembelian premis dan kuatis Jabatan Imigresen Malaysia di Johor Bahru
01:42serta kerja-kerja naik taraf kemudahan asas di Penjara Keluang.
01:46Beliau menambah bagi projek yang sedang dirancang,
01:48ia merangkumi pembinaan IPD Segamat bersama Balai Polis dan Perumahan,
01:53penggabungan Dewan Penumpang Bas di Kompleks Sultan Abu Bakar KSAB
01:57selain naik taraf bengkel dapur penjara keluang dan sistem bekalan air di Penjara Simpang Renggam.
02:04Tegasnya, pelaksanaan inisiatif tersebut selaras dengan komitmen Kerajaan Madani
02:08dalam memastikan setiap negeri menerima sokongan pembangunan mengikut keperluan
02:13serta kepentingan rakyat setempat.
02:16selamat menikmati.
02:16Selamat menikmati.
Comments

Recommended