Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Rusia mendakwa berjaya menawan bandar strategik Kostiantynivka di Donetsk, sekali gus mengukuhkan kedudukan tenteranya di timur Ukraine.
Transcript
00:00Dan seterusnya, Rusia mendakwa berjaya menawan bandar Kostyan Tivnika di wilayah Donetsk di timur Ukraine sekaligus mengukuhkan kedudukan tenteranya dalam
00:10kempen ketenteraan yang sedang berlansung.
00:12Umuman itu dibuat ketika Presiden Rusia Vladimir Putin menghadiri mesyuarat bersama barisan tertinggi Komander Tentera di sebuah ibu pejabat operasi
00:21ketenteraan yang tidak didedahkan lokasinya.
00:26Kostyan Tivnika merupakan antara kubu pertahanan utama Ukraine di timur negara itu dan menjadi sasaran penting Moskow sejak awal konflik.
00:34Bulan lalu, Putin mendedahkan tenteranya hampir menguasai bandar berkenaan yang sebelum perang dihuni hampir 70,000 penduduk.
00:42Namun kini dianggarkan hanya sekitar 2,000 orang masih berada di situ.
00:47Penguasaan Kostyan Tivnika dijangka memberi kelebihan strategi kepada Rusia untuk meneruskan kemaran ke arah utara di sepanjang rangkaian pertahanan utama
00:56Ukraine yang dikenali sebagai Fortress Belt.
00:59Putin sebelum ini menegaskan Rusia perlu menguasai keseluruhan wilayah Donetsk sebelum konflik berakhir.
01:06Bagaimanapun, Ukraine masih menguasai kira-kira 1 per 5 wilayah itu selepas lebih 4 tahun peperangan.
01:13Pada bulan lalu, pegawai kanan tentera Ukraine memaklumkan pertempuran sudah memasuki kawasan bandar Kostyan Tivnika dengan kumpulan kecil tentera Rusia
01:22dilaporkan cuba menyusup ke pinggir bandar sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan pertempuran jarak dekat.
Comments

Recommended