Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Rakaman reaksi emosinya ketika menerima kejutan tersebut mendapat perhatian meluas di media sosial dan mencetuskan pujian terhadap keprihatinan Ronaldo di luar padang.
Transcript
00:01Kapten pasukan Portugal Cristiano Ronaldo mengirimkan pesanan video khas kepada seorang kanak-kanak Venezuela yang terselamat daripada gempa bumi dahsyat
00:09yang melanda negara itu baru-baru ini.
00:11Kanak-kanak berkenaan Andre kini sedang menerima rawatan di hospital selepas kehilangan sebelah kaki akibat kecuderaan yang dialami dalam bencana
00:20tersebut.
00:21Dia turut dilaporkan kehilangan ahli keluarganya dalam tragedi gempa bumi.
00:25Kisah Andre menjadi tular di media sosial apabila dia hanya meminta pelekat atau kad koleksi Ronaldo bagi album Piala Dunia
00:32sebagai suntikan semangat ketika menjalani proses pemulihan.
00:36Ronaldo kemudian merakamkan pesanan khas dan mengajak kanak-kanak itu menonton salah satu perlawanannya selepas pulih.
00:43Selain itu, Andre turut dilaporkan akan menerima jersey yang ditanda tangani oleh pemenang lima kali Ballon d'Or itu.
00:49Detik yang menyentuh hati berlangsung beberapa hari selepas Portugal mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 selepas kemenangan
00:592-1 ke atas Croatia.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended