00:00Kerajaan Negeri Kelantan akan membawa semula 16 peruntukan dalam enakmen Kanun Jenayah Syariah Kurungan 1 Kelantan 2019
00:09yang sebelum ini dibatalkan Mahkamah Persekutuan untuk diluluskan semula pada persidangan Dewan Undangan Negeri Dun Kelantan yang akan datang.
00:17Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasruddin Daud, maklumkan bahawa cadangan tersebut juga telah mendapat kelulusan di peringkat mesyuarat ex-Kerajaan
00:25Negeri.
00:27Langkah tersebut katanya membuktikan Kerajaan Negeri Kelantan sedaya upaya mempertahankan Undang-Undang Syariah di Kelantan meskipun berdepan cabaran perundangan di
00:36Mahkamah.
00:37Beliau berucap pada mesyuarat agung PAS Kawasan Pasir Mas yang dirasmikan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
00:43pada Sabtu.
00:44Selain itu, Nasruddin menegaskan bahawa usaha memperkasakan pelaksanaan Undang-Undang Syariah akan diteruskan dan Kerajaan Negeri tidak akan berputus asa
00:53dalam memperjuangkan perkara tersebut.
00:55Pada 9 Februari 2024, Mahkamah Persekutuan menerusi keputusan Majority 8 Lawan 1 mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen Kanun
01:04Jenayah Syariah 1 Kelantan 2019 sebagai terbatal dan tidak sah.
01:09Mahkamah memutuskan bahawa DUN tidak mempunyai kuasa untuk menggubal kesalahan yang berada di bawah bidang kuasa persekutuan.
01:16Keputusan dibuat sesulan petisyen yang difilkan seorang peguam dari Kelantan serta anak perempuannya sekaligus mencetuskan perbahasan mengenai pembahagian bidang kuasa
01:25antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam penggubalan Undang-Undang Jenayah Syariah.
01:30Mereka didapati mencabar kesahihan 18 peruntukan dalam enakmen tersebut atas alasan Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal
01:38kesalahan yang turut diperuntukkan di bawah Undang-Undang Persekutuan.
Comments