Skip to playerSkip to main content
Calon PH bagi DUN Machap, Nor Hafiz Roslan, berjanji akan berkhidmat kepada semua penduduk tanpa mengira fahaman politik, kaum atau agama sekiranya diberi mandat pada PRN Johor.

#PRNJohor #JohorMemilih
Transcript
00:00Harapan pengundi Dewan Undangan Negeri Dun Macap sudah dibangkitkan.
00:04Apa pula pandangan salah seorang calon di kerusi Dun Berkenaan?
00:08Bagi calon Pakatan Harapan PH Nur Hafiz Ruslan,
00:11beliau akui sedia berkhidmat kepada semua penduduk
00:14tanpa mengira fahaman politik jika diberi mandat pada PRN Johor kali ini.
00:19Katanya setiap penduduk di Macap berhak menerima layanan yang sama
00:23tanpa mengira parti kaum atau agama.
00:26Fokus betul-betul dan saya akan cakna betul-betul terhadap rakyat
00:30tanpa prejudis, tidak kira untuk saya serve tanpa mengenal bendera parti.
00:37Sebab bagi saya, semua yang saya berjumpa ini,
00:4035,000, lebih kurang 35,000 orang penduduk Macap adalah rakyat dan juga amanah.
00:46Sebelum saya ditanya oleh Allah SWT, mereka yang akan saya jawab
00:49dan saya pun beritahu kepada mereka, saya akan serve mereka
00:55tidak mengira warna kulit, tidak mengira agama,
00:58selagi mana mereka ni warga negara macam.
01:01Anak Johor, rakyat Malaysia, mereka lah sebenarnya adalah raja
01:05ketika melantik wakil rakyat dan amanah wakil rakyat adalah serve mereka lah.
01:10Pada PRN Johor kali ini, Nur Hafiz berdepan penyandang
01:14merangkap Menteri Besar Johor Dato' On Hafiz Ghazi
01:16dalam pertandingan dua penjuru di Dunmachap.
01:18Pada PRN Johor 2022, On Hafiz yang mewakili barisan nasional BN
01:23memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,543 undi.
01:29Dunmachap kini mempunyai 35,206 pengundi berdaftar.
Comments

Recommended