00:00PRN Johor terus hangat dengan perang kenyataan membabitkan pemimpin parti yang bertanding.
00:05Hari ini, tumpuan terarah kepada penjelasan Menteri Besar Johor berhubung isu JSSEC
00:12selain kenyataan Presiden Bersatu yang mengimbau usaha memulihkan Felda ketika menerajui pentadbiran negara.
00:18Ikuti laporan daripada wartawan kami Yasmin Natasha yang berada di lapangan.
00:23Baik, terima kasih rakan tugas saya yang berada di studio.
00:27Hari ini merupakan hari ketujuh untuk calon parti meneruskan kempen sehingga hari pilihan raya negeri Johor pada 11 Julai ini.
00:36Dan apa yang menarik pada pagi ini adalah Menteri Besar Johor, Dato' On Hafiz Ghazi, pada pagi ini telah mengeluarkan
00:43kenyataan
00:44bahawa beliau menegaskan kenyataannya berhubung dengan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor Singapura
00:50iaitu JSSEC bukan bertujuan untuk mencela mana-mana pihak
00:55tetapi sebaliknya bagi memastikan setiap kenyataan dibuat berikut dengan fakta yang tepat.
01:00Dan menurutnya tidak wajar apabila timbul gambaran bahawa dokumen Pelan Induk tersebut
01:06masih memerlukan tanda tangan dan persetujuan daripada Kerajaan Singapura
01:10kerana pelan tersebut adalah dokumen milik Kerajaan Malaysia yang tidak memerlukan kelulusan daripada Singapura.
01:17Soal nak mengumumkan tanda tangan itu soal Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Singapura
01:23Menteri Besar itu belum lagi disampaikan situ. Jadi tak payah jadikan ini isu.
01:28Isu ini projek pelaksanaan berjalan. Belanja tinggi. Projek kebanyakan bantuan daripada Kerajaan Pusat itu ada.
01:37Sudahlah tidak terima kasih. Dia guna masa kempen itu untuk mencela. Tak kadang. Tak ceredik.
01:44Dan dalam perkembangan yang lain pada waktu semalam Presiden Parti Peribumi Bersatu
01:49iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbau balik detik ketika beliau dijadikan sebagai Perdana Menteri Kelapan
01:57dengan mengifatkan ia adalah satu ketentuan daripada Tuhan.
02:03Walaupun saya tidak menjadi peneroka Felda, saya terdedah dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh para peneroka
02:11bukan sahaja kawasan ini tetapi di seluruh negara.
02:16Lebih-lebih lagi waktu mana saya menjadi Perdana Menteri yang ke-8 dulu
02:20saya entah macam mana Allah takdirkan katanya kun faya kun
02:25maka jadilah saya Perdana Menteri.
02:28Mana orang terlintas bahawa saya boleh jadi Perdana Menteri
02:32tapi itu rezeki saya Allah bagi dan saya bersyukur.
02:35dan di waktu itulah saya mengambil perhatian yang lebih serius
02:40tentang masalah peneroka.
02:43Saya telah mengambil satu tindakan besar
02:46bila mana saya mendapat taklimat daripada
02:49Menteri yang menjaga Felda waktu itu
02:52Datuk Idris Jusof, orang Tengganu
02:56pengusri Felda waktu itu juga
02:59daripada laporan dan taklimat yang terperinci yang telah disampaikan kepada saya
03:04saya memahami bahawa Felda pada waktu itu
03:08sudah berhadapan dengan satu masalah besar.
03:13Menurut Muhyiddin, pelantikan itu telah membuka ruang
03:16untuk beliau memberi perhatian lebih
03:18khususnya yang melibatkan terhadap lembaga kemajuan tanah persekutuan
03:22iaitu Felda.
03:23dan ketika itu katanya peneroka turut dibebani dengan hutang
03:27yang berjumlah kira-kira 12 bilion ringgit
03:30selain pendapatan yang tidak lagi mampu menampung
03:33kos sara hidup serta bayaran balik pinjaman.
03:36Dan itu sahaja setakat ini untuk Johor memilih
Comments