Skip to playerSkip to main content
Ahli Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Dr. Mohd Amim Othman berkata penyasaran subsidi diesel melalui mekanisme MyKad dijangka akan memastikan ketirisan dapat ditangani dengan lebih berkesan. Jelasnya, melalui mekanisme pemberian tunai kepada pemilik kenderaan diesel sebelum ini menyaksikan wang tersebut tidak digunakan untuk tujuan sebenar seperti yang disalurkan kerajaan. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Pengumuman ini disahut rakyat, terutamanya yang menggunakan diesel tetapi apabila kita merujuk penggunaan diesel ini, rata-ratanya majoritinya di kalangan
00:10pengguna komersial dan pengguna komersial ini rata-ratanya memang ada subsidi-subsidi tertentu yang sudahpun dialokasikan oleh pihak kerajaan melalui
00:20fleet card yang ada subsidi tersebut.
00:22Tetapi dengan penurunan yang ketara ini, adakah ia juga memberi indikator bahawa kerajaan sudah ada supply yang sustain ataupun yang
00:32mapan daripada negara-negara punca dan juga kerajaan ingin melihat ataupun rakyat ingin melihat apa impaknya kepada barangan yang terpaksa
00:43menaikkan kos mereka akibat harga komeriti diesel yang rata-ratanya digunakan oleh pihak komersial.
00:51Okey, terima kasih Nazri ya. Yang pertama lah kalau kita tengok dari kenaikan bila harga diesel ini tinggi, 4 ringgit
00:57lebih kan. Yang pertama untuk pengguna ini yang biasa ada kereta diesel ini dia tutup lah kereta dia yang dia
01:05tak guna.
01:05Tapi satu lagi kepada yang mendaftar dapat 400 ringgit tu saya dengar ramai yang simpan duit tu. Dia pindah pakai
01:13petrol.
01:14Kan ada kawan saya ada tiga orang tu memang simpan duit pun. 400 ringgit tu yang dapat tu tak guna.
01:18Jadi maknanya di segi kerajaan dia rugi. Kerajaan rugi sebab maknanya duit tu pergi kepada orang maknanya sepatutnya digunakan lah.
01:25Jadi bila kerajaan menggunakan mekanisme ini yang ada ni saya fikir sedikit sebanyak lah ia dapat mengurangkan dari segi apa
01:33tu akibat daripada kebocoran disebabkan oleh apa ni berlakunya penyeludupan.
01:42Sebab ini memberikan kesan yang bagi saya sebab isu dia ni kita nak memberikan subsidi secara yang lebih cekap dan
01:53bersasar itu lah dia bersasar itu bukan sahaja memberikan kepada rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia tetapi juga memastikan tidak
02:02ada berlakunya apa tu kebocoran.
02:05kerana kebocoran ini sesuatu yang memang apa dikatakan sebagai pembaziran dan menunjukkan ketidakcakapan dalam pengurusan fiskal negara.
Comments

Recommended