00:00Syarikat pengeluar robot humanoid China semakin menguasai pasaran global dengan menyumbang lebih 97% daripada keseluruhan penghantaran robot humanoid pada
00:10separuh pertama 2026.
00:13Menurut firma penyelidikan pasaran Smart Analytics Global atau SAG, sekitar 11,100 unit robot humanoid dihantar di seluruh dunia dalam
00:23tempoh enam bulan pertama tahun ini, hampir tiga kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:31Penghantaran global dijangka meningkat kepada sekitar 60,000 unit bagi keseluruhan 2026 sebelum mencecah 500,000 unit di menjelang 2030.
00:41Agibat mengatasi unit 3 Robotics buat kali pertama untuk muncul sebagai pembekal robot humanoid terbesar dunia dari segi penghantaran.
00:49Agibat menghantar kira-kira 8,400 unit dengan 44% pegangan pasaran global, manakala unit 3 Robotics menghantar sekitar 5
00:58,900 unit atau 31% pasaran.
01:02Jumlah itu jauh meninggalkan pemain antarabangsa termasuk Tesla dan figure AI sekaligus menyerlahkan kelebihan awal China dalam menghasilkan robot berasaskan
01:11kecerdasan buatan yang boleh dilakukan secara massal dan digunakan pada skala besar.
01:17SAG turut menganggarkan aplikasi industri dan komersial menyumbang lebih 70% daripada penghantaran robot humanoid global pada separuh pertama 2026
01:26meningkat daripada kira-kira 50% dalam tempoh sama tahun lalu.
01:31Penggunaan dalam sektor pembuatan, logistik dan gudang kini menjadi antara laluan utama bagi pengkomersialan robot humanoid,
01:38namun ketidaktentuan peraturan dan risiko geopolitik boleh memberi kesan terhadap perkembangan industri pada fasa seterusnya.
Comments