00:00Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadia Malaysia PSM Ilyas Jamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan
00:10rasuah
00:11membabitkan projek menaik taraf Pusat Squash Nasional.
00:14Tertuduh Ilyas Jamil, 42 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Suzana Husin.
00:23Mengikut pertuduhan, Ilyas didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM1.005 juta
00:30serta enam pertuduhan menerima wang berjumlah RM450,000 daripada seorang pengarah syarikat kontraktor yang bernama Yap Yeo Kuen, 60 tahun.
00:40Suapan berkenaan didakwa sebagai balasan kepada tertuduh selaku pegawai badan awam untuk bersetuju memilih syarikat Aerolux Power Construction Sendiran Berhad
00:49memenangi tender projek menaik taraf gelanggang dan kemudahan sukan di Pusat Squash Nasional di Bukit Jalil penilai RM8.73 juta.
00:58Selain itu, kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat PSM di Stadium Nasional Kuala Lumpur, Spok City
01:04serta di sebuah restoran di Pusat Beli Belah di Seri Petaling antara 24 Februari hingga 13 April lalu.
01:11Pendawaan dibuat mengikut Seksyen 16-A-B Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24-1 Akta yang
01:21sama
01:21yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda sekurang-kurangnya 5 kali ganda nilai suapan
01:28atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
01:33Bagaimanapun, semasa proseding, timbalan pendakwa raya Nur Alis Mat memaklumkan pertuduhan tersebut merupakan kes yang tidak boleh dijamin.
01:41Namun, pihak pendawaan mencadangkan agar jaminan tinggi diberikan jika mahkamah menggunakan budi bicara
01:47dengan mengambil kira status tertuduh serta keseriusan kesalahan.
01:52Pendawaan mencadangkan jaminan sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia
01:58selain syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendawaan.
02:07Dalam pada itu, Peguam Bella Muhammad Yusmadi Muhammad Yusof memohon jumlah ikat jamin dikurangkan antara RM50,000 hingga RM80,000
02:15atas beberapa alasan.
02:17Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.
02:23Mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments