Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
RM7.5 juta diperuntukkan bagi pembinaan pos kawalan sempadan di Pulau Sebatik dalam usaha memperkukuh kawalan keluar masuk negara serta membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia.
Transcript
00:00RM7.5 juta diperuntukkan untuk pembinaan pos kawalan sempadan di Pulau Sebatik dalam usaha memperkukuhkan kawalan keluar masuk negara serta
00:10membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia.
00:15Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata,
00:20projek pembinaan kini berada pada peringkat perancangan dengan proses pengesahan tapak sedang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.
00:30Menurutnya, pembinaan pos kawalan itu penting memandangkan kawasan berkenaan merupakan laluan strategik yang memerlukan pemantauan lebih ketat, khususnya melibatkan pergerakan
00:38rentas sempadan.
00:39Bila berkata hasil tinjauan mendapati pihak Indonesia telah lama mempunyai pos kawalan di kawasan berkenaan, manakala Malaysia masih belum mempunyai
00:46kemudahan berkenaan di sempadan tersebut.
00:48Dari segi perancangan sedang berjalan dengan baik dan kita harap dia akan dapat direalisasikan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
01:00Ini penting sebab hasil lawatan ini kita lihat di pihak Indonesia sudah ada pos kawalan, tetapi di Malaysia sendiri belum.
01:09Jadi saya fikir kita perlu laksanakan untuk kita satu mengawal dari segi immigration, keluar masuk ke negara kita dan kedua
01:24bagaimana kita mengurangkan penyeludupan yang saya fikir agak kritikal juga di sempadan ini.
01:34Tegasnya lagi projek itu dijangka siap dalam tempoh kira-kira dua tahun.
01:38Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan kerja ke projek sempadan di Pulau Sebatik.
Comments

Recommended