Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan bahawa tekanan ekonomi akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat tidak wajar menjejaskan perpaduan masyarakat. Beliau menegaskan kenaikan kos sara hidup dan harga barang perlu ditangani dengan baik agar keharmonian rakyat terus terpelihara.
Transcript
00:00Seterusnya, sebarang tekanan ekonomi yang dirasai sesulan ketegangan geopolitik di Asia Barat tidak boleh dibiarkan menghakis perpaduan masyarakat di negara
00:09ini.
00:09Kenataan tersebut disuarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dalam satu hantaran di Facebook beliau selepas mendapati kenaikan
00:17harga barangan dan tekanan kos harian ekoran ketegangan yang berlaku di Asia Barat, telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan
00:26masyarakat.
00:27Tambahnya, ketegangan geopolitik itu bukan sahaja memberi kesan kepada negara yang terlibat, malah turun memberi impak kepada Malaysia, termasuk peningkatan
00:36harga minyak, gangguan rantaian bekalan serta kos hara hidup yang semakin mencabar.
00:42Situasi tersebut perlu ditangani dengan baik agar tidak menjujaskan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
00:49Selain itu, beliau memaklumkan mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara MPPN juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif yang tepat kepada
00:59rakyat bagi membetulkan persepsi yang salah selain menenangkan keadaan.
01:04Beliau menekankan kepentingan mendidik masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan provokasi di media sosial khususnya dalam situasi tekanan ekonomi semasa.
01:16Sehubungan itu, Fadila menyeru agar semua ahli MPPN terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha memelihara keharmonian serta
01:26memperkukuh integrasi nasional.
Comments

Recommended