00:00Dan kesemua 59 rakyat Malaysia yang berdaftar di Mindanao berjaya dihubungi dan dilaporkan dalam keadaan selamat, susulan gempa bumi kuat
00:08melanda selatan Filipina pada pagi Senin.
00:11Konsulat General Malaysia di Davao City, Deddy Faisal Ahmad Saleh memaklumkan, kesemua mereka turut dinasihatkan supaya mematuhi semua arahan pihak
00:19berkuasa serta menjauhi kawasan pesisir pantai sehingga keadaan disahkan betul-betul selamat.
00:26Deddy Faisal berkata pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan amaran tsunami dan mengarahkan penutupan sekolah serta pejabat kerajaan di beberapa kawasan
00:35yang terjejas.
00:37Pihak konsulat telah pun berjaya menghubungi kesemua 59 orang rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kami dan mereka telah memaklumkan bahawa
00:47mereka berada dalam keadaan yang selamat.
00:49Setelah ini pihak berkuasa tempatan memaklumkan bahawa amaran tsunami masih lagi berkuat kuasa sehinggalah dimaklumkan kelak.
00:59Pihak konsulat General Malaysia di Davao City menyeru agar semua rakyat Malaysia yang menetap di Mindanao agar tetap berwaspada dan
01:08peka dengan arahan pihak berkuasa tempatan.
01:10Kami turut memohon agar semua rakyat Malaysia yang berada di selatan Filipina untuk mendaftarkan diri dengan pihak konsulat General Malaysia
01:18di Davao City agar kami dapat terus memantau keadaan kebajikan dan keselamatan mereka.
01:25Deddy Faisal berkata gegaran susulan dijangka berlaku dan mungkin berterusan dalam tempoh tertentu.
01:31Pada masa sama pihak konsulat turut menasihati mereka memastikan peranti komunikasi sentiasa dicas dan memantau pengumuman rasmi serta memaklumkan ahli
01:41keluarga mengenai lokasi dan status keselamatan masing-masing.
01:46Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi konsulat General Malaysia di Davao City melalui pegawai bertugas di talian 63951
01:56-816-6125.
01:59Konsulat General sentiasa memantau situasi semasa dengan rapi dan akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa apabila perlu.
Comments