Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti politik hanyalah wadah perjuangan, manakala perpaduan rakyat perlu dijadikan keutamaan dalam memastikan keharmonian dan kemajuan masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman politik.
Transcript
00:00Parti politik hanyalah pentas perjuangan. Sebaliknya, perpaduan rakyat perlu diutamakan demi keharmonian negara.
00:07Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan penyatuan pemikiran, hati dan tindakan perlu menjadi asas utama dalam
00:14memastikan kemajuan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik.
00:21Tetapi harus ada tasawuf, harus ada ahlak, harus ada adab untuk menangan perbedaan dan dipanggil sebagai adab al-ihtilaf.
00:31Jadi kita mempunyai totokromo, tata cara, tata susila yang kita harus hormati.
00:39Ini bukan hanya soal agama tetapi soal adat kita.
00:43Kerana kita sebagai orang atau masyarakat di Dusantara ini,
00:50Tamadun kita membina adat, tamadun kita membina peradabat, tamadun kita membina budaya, tamadun kita membina kaedah kehidupan yang agak berbeda.
01:04Tetapi yang penting ialah nilai-nilai tradisi itu dipertahankan asalkan tidak ada asabiah yang menyebabkan kita akan terpisah disebabkan oleh
01:17perbedaan-perbedaan pegangan atau warna kulit ataupun lain-lain fahaman.
01:23Beliau berkata demikian ketika berucap pada sabutan ulang tahun ke-100 kampung Jenjarum di Kuala Langat pada Sabtu.
01:31Mengambil contoh kemajuan kampung Jenjarum menjadi bukti kejayaan masyarakat pelbagai latar belakang yang hidup bersama sejak kira-kira seabad lalu.
01:40Beliau turut menegaskan pembangunan fizikal dan ekonomi perlu seimbang dengan nilai kemanusiaan, keagamaan dan warisan budaya bagi menjamin kesejahteraan generasi
01:49akan datang.
01:53Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended