00:00Presiden Rusia Vladimir Putin berkata cadangan damai yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berpotensi menamatkan perang Ukraine, namun menegaskan
00:10Kiev perlu berkompromi bagi mencapai penyelesaian tersebut.
00:14Putin berkata Rusia bersedia meneruskan rundingan secara diplomatik tetapi pada masa sama tidak akan teragak-agak untuk meneruskan operasi ketenteraan
00:24jika usaha damai gagal.
00:29Beliau berkata konflik boleh berakhir dengan cepat sekiranya Ukraine bersetuju dengan kompromi yang didakwa telah dibincangkan bersama Trump dalam pertemuan
00:39sebelum ini.
00:40Beliau turut mendakwa Rusia kini menguasai sepenuhnya wilayah Luhans serta lebih 85% wilayah Donetsk.
00:47Pada masa sama, Ukraine menolak tuntutan tersebut dengan menyifatkannya sebagai menyerah kalah sekaligus menjadikan rundingan damai terus menemui jalan buntu.
00:58Putin turut menegaskan operasi ketenteraan Rusia masih berjalan setiap hari menunjukkan konflik masih aktif walaupun terdapat usaha diplomatik.
01:07Perang Ukraine kini memasuki tahun kelima dan kekal sebagai konflik darat paling berdarah di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments