00:00Pengendali Kawalan Trafik Udara Britain, Nuts, sahkan gangguan besar yang menjejaskan ratusan ribu penumpang minggu lalu berpunca daripada kecacatan perisian.
00:10Ketua Pegawai Eksekutif Nuts, Martin Rolf berkata, siasatan mendapati gangguan itu berpunca daripada masalah pada bahagian tertentu dalam sistem data
00:20penerbangan.
00:22Insiden itu menyebabkan kira-kira 2,000 penerbangan dibatalkan dan mencetuskan gangguan operasi yang berlarutan selama beberapa hari.
00:30Menurut beliau, kecacatan itu dikesan berkaitan dengan sebahagian kecil kod perisian yang digunakan dalam sistem tersebut.
00:38Rolf menegaskan insiden berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan gangguan besar yang berlaku pada tahun 2023.
00:46Katanya aspek keselamatan penerbangan tidak terjejas pada bila-bila masa sepanjang insiden tersebut berlaku.
00:54Nuts memaklumkan punca masalah kini telah dikenalpasti dan langkah mitigasi telah dilaksanakan bagi mengelakkan gangguan berulang.
01:03Gangguan itu menyebabkan syarikat-syarikat penerbangan menanggung kerugian jutaan pound akibat pembatalan penerbangan dan usaha menyusun semula jadual kru serta
01:13pesawat.
01:13Sementara itu, Menteri Pengangkutan Britain, Heidi Alexander menyifatkan gangguan tersebut sebagai sesuatu yang sama sekali tidak boleh diterima.
01:24Beliau telah mengarahkan Nuts menyediakan laporan terperinci mengenai insiden itu selain meminta pihak berkuasa penerbangan awam menjalankan semakan bebas.
Comments