Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Tegas Akmal Nasrullah Mohd Nasir, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan bekalan asas mencukupi, mengawal tekanan harga serta melindungi pekerjaan rakyat.
Transcript
00:00Seramai 7,057 pekerja dilaporkan hilang pekerjaan pada April lalu, meningkat 21% berbanding lebih 5,800 orang pada Mac.
00:09Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Naseh bagaimanapun berkata, angka itu lebih rendah berbanding awal tahun iaitu Januari apabila lebih 10
00:18,000 orang hilang pekerjaan dan pada Februari sejumlah 7,512 orang.
00:25Setiap satu angka yang kita laporkan, walaupun mungkin dilaporkan secara statistik, ianya mewakili keluarga yang hilang punca pendapatan.
00:36Kerajaan akan pastikan sistem insurans pekerjaan, SIP atau lindung kerjaya di bawah perkeso berfungsi dengan pantas untuk membantu mereka yang
00:48kita harus bantu.
00:50Beliau berkata demikian ketika talimat krisis bekalan global selepas mesyuarat majlis tindakan ekonomi negara M10 bilangan 12 pada Isnin.
01:00Seterusnya, sektor penerbangan turut menyerima tekanan ketara, susulan peningkatan kos operasi dan gangguan laluan antarabangsa.
01:07Pergerakan pesawat harian untuk April 2026 merosot sebanyak 31.5% kepada 2,464 pesawat, susulan pembatalan laluan Asia Barat
01:23dan juga rasionalisasi pergerakan atau laluan oleh syarikat-syarikat penerbangan.
01:28Manakala, pengendalian kargo udara antarabangsa turut-turun 14.3% kepada 1,784 kg pada April.
01:39Begitu juga dengan kargo udara domestik turun kepada 18% 420 kg akibat lonjakan kos bahan api dan pelarasan operasi
01:52syarikat penerbangan.
01:53Dalam perkembangan berkaitan, harga sawi meningkat 3.6% kepada RM7.08 sekilogram, manakala harga daging lembu menunjukkan penurunan sebanyak
02:042% kepada RM38.45 sekilogram.
02:09Tegas Menteri Ekonomi keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan bekalan asas mencukupi, mengawal tekanan harga serta melindungi pekerjaan rakyat.
Comments

Recommended