Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Seramai 7,057 pekerja kehilangan pekerjaan pada April, meningkat berbanding 5,855 orang pada Mac, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata setiap angka mewakili keluarga yang terjejas, dan kerajaan akan memastikan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO bertindak pantas membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan.
Transcript
00:00Kita berpindah pula ke pasaran buruh yang mana untuk bulan April dilaporkan seramai 7,057 orang pekerja kehilangan pekerjaan
00:12berlaku peningkatan berbanding 5,855 orang pada bulan Mac.
00:18Walaupun sebenarnya angka ini jika kita bandingkan dengan keadaan awal tahun untuk Januari sebenarnya seramai 10,658 orang
00:30dan Februari sebanyak 7,512 orang yang kehilangan pekerjaan walaupun perkembangan ini kita akan terus berikan perhatian
00:41kerana kita sedar setiap satu angka yang kita laporkan walaupun mungkin dilaporkan secara statistik
00:48ianya mewakili keluarga yang hilang punca pendapatan.
00:53Kerajaan akan pastikan sistem insurans pekerjaan SIP atau lindung kerjaya di bawah perkeso
01:01berfungsi dengan pantas untuk membantu mereka yang kita harus bantu.
Comments

Recommended