Skip to playerSkip to main content
  • 56 minutes ago
Majoriti bekalan ubat-ubatan negara kekal stabil dan mencukupi sehingga 8 Mei, dengan 72 peratus item direkodkan berada pada tahap risiko rendah.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata 16.8 peratus bekalan dikenal pasti berisiko tinggi dan memerlukan pemantauan rapi serta tindakan mitigasi berterusan.
Transcript
00:00Seterusnya, kita teliti kertas kedua pembentangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan keterjaminan bekalan ubat-ubatan dan peranti perubatan.
00:14Sektor ini penting kerana kestabilan bekalan kesihatan merupakan sebahagian daripada keselamatan ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat.
00:25Jadi kita mendapat laporan sehingga 8 Mei yang mana majoriti bekalan ubat-ubatan negara berada pada tahap stabil dan mencukupi.
00:36Daripada keselamatan item ubat yang direkodkan, 72% berada pada tahap risiko rendah, 11.3% pada tahap risiko sederhana
00:49dan 16.8% pada tahap risiko tinggi yang memerlukan pemantauan serta tindakan mitigasi berterusan.
00:58Bagi peranti perubatan pula, sebanyak 81.7% berada pada tahap risiko rendah, 13.5% pada tahap risiko sederhana,
01:10manakala 48.8% dikenalpasti berisiko tinggi.
01:16Bekalan bahan mentah dan komponen utama yang berisiko tinggi akibat kebergantungan kepada sumber import.
01:25Walaupun begitu, mengambil maklum keperluan untuk kita pastikan akses kepada rawatan ini sentiasa ada, M10 memberikan jaminan kepada pesakit dan
01:37mereka yang memerlukan bahawa bekalan ubat negara dan peranti perubatan adalah stabil dan terkawal.
01:44Sejak dari awal krisis mula berlaku, kerajaan melalui KKM telah mengambil beberapa langkah mitigasi secara berfasa dan tersusun.
01:56Seperti, pertama, pemantauan bekalan secara berkala melalui pasukan petugas khas.
02:03Kedua, stok penimbal nasional melalui pengukuhan simpanan stok ubat-ubatan bagi item berisiko tinggi secara serta-merta.
02:13Ketiga, diversifikasi sumber bekalan melalui kerjasama strategik dengan negara-negara lain, antaranya yang telah kita materai dengan China, Jepun insyaAllah
02:25bila Perdana Menteri kesana dan juga Uzbekistan.
02:28Keempat, laluan akses khas iaitu kita aktifkan special access pathway bagi mempercepatkan kelulusan import ubat-ubat kritikal.
02:40Kelima, pembangunan industri tempatan bagi memperkasa pembuat peranti perubatan nasional ke arah pengurangan kebergantungan terhadap produk import.
02:50dan seolahnya seolahCE
Comments

Recommended