00:00Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari Ahad ketika kerja-kerja penyelenggaraan Bot Penyelamat di
00:08Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung atau FSO sepat di luar pantai Terengganu yang membabitkan empat pekerja kontraktor.
00:17Petronas dalam satu kenyataan memaklumkan tiga pekerja telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
00:26pada kira-kira jam 5.57 petang.
00:28Seorang lagi petugas yang cedera sudah dipindahkan bagi menerima rawatan perubatan dan masih di bawah pemerhatian.
00:35Tiga pekerja pelantar yang maut ialah Ahmad Fikri Zakaria, Muhammad Faizuan Hakim Muhammad Bustamam dan Niq Muhammad Hafifi Asri Abdul
00:44Majid, manakala Muhammad Taufik Muhammad Ruslan mengalami kecederaan parah.
00:48Menurut Petronas, siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan dan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan.
00:55Pada masa sama, Petronas turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja mangsa yang meninggal dunia.
01:03Petronas turut memberi jaminan keutamaan segera syarikat ini adalah untuk memberi sokongan terhadap kebajikan mereka yang terjejas.
01:10Terima kasih.
01:12Terima kasih.
Comments