00:00Dan ini pula sekurang-kurangnya 18 terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam siri serangan udara Israel di selatan Lubnan pada
00:07Ahad.
00:07Kementerian Kesehatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 11 maut dan 9 lagi cedera dalam serangan ke atas bandar Sir Ali Al
00:15-Gabriyeh di wilayah Nabati.
00:19Agensi Berita Negara NNA melaporkan sebuah jet pejuang Israel turut melancarkan serangan di Bazuriyeh, daerah Tayar, mengorbankan seorang individu dan
00:28mencederakan dua lagi.
00:29Menurut laporan lanjut, serangan drone Israel turut mengorbankan seorang lelaki di Arab Salim, manakala satu lagi serangan diturang menyebabkan seorang
00:37wanita terbunuh dan dua cedera.
00:40Serangan tambahan turut dilaporkan di Abah, Japcit serta Duir yang menyaksikan seorang petani berusia 50 tahun maut.
00:47Manakala dalam satu lagi insiden, seorang anggota paramedik terbunuh selepas pasukan penyelamat diserang ketika memeriksa lokasi serangan terdahulu.
00:55Di tengah-tengah serangan tersebut, tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk di enam kampung di selatan Lubnan untuk berpindah
01:03sekurang-kurangnya seribu meter dari kawasan sasaran.
01:06Menurut pegawai Lubnan, konflik sejak 2 Mac lalu telah mengakibatkan lebih 3,100 kematian, 9,500 cedera dan kira-kira
01:151.6 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments