Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Tiga pekerja pelantar disahkan maut manakala seorang parah selepas bot penyelamat yang dinaiki terjatuh ke laut di perairan Terengganu-Kelantan. Polis percaya kejadian berpunca daripada tali atau cangkuk bot tercabut.
Transcript
00:00Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, SCP Azli Mohd Nur berkata kejadian itu dipercayai berlaku apabila tali atau
00:09cangkuk yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.
00:18Katanya ketika kejadian, kesemua mangsa dikatakan menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggeraan di bahagian
00:26bawah platform tersebut.
00:30Sesulan kejadian itu, pasukan penyelamat telah digerakkan untuk menaikkan kesemua mangsa ke atas platform.
00:35Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahira HSNZ, Kuala Terengganu di mana kira-kira jam 5.25 petang,
00:43kesemua mangsa tiba di unit kecemasan hospital dan disahkan meninggal dunia.
00:47Azli berkata mangsa yang maut dibawa ke unit forensik HSNZ untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang parah turut menerima rawatan
00:54di hospital yang sama.
00:55Pada ahad, tiga pekerja pelantar maut manakala seorang parah selepas bot penyelamat lifeboat yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut
01:02di peairan Terengganu, Kelantan.
01:05Mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Fikri Zakaria, Muhammad Faizuan Hakim Muhammad Bustamam dan Nik Muhammad Hafifi Asri Abdul Majid.
01:14Manakala yang alami kecederaan parah dikenali sebagai Muhammad Taufiq Muhammad Ruslan.
01:18Sementara itu, isteri Muhammad Faizuan Hakim Nur Khairina Dania Azrin Khairil Azri berkata dia hanya menerima berita duka itu sekitar
01:25jam 4 petang sebelum terus bergegas ke Kuala Terengganu.
01:29Dia yang menetap di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berkata kali tak akhir dia berhubung dengan arwah suaminya menerusi aplikasi WhatsApp
01:35pada pukul 7 pagi ahad.
01:39Saya ahad minggu lepas, dia dekat platform itu sepatutnya dua minggu. Satu hari bulan dia kata dia akan balik dekat
01:50sini. Yang lang saya dapat jumpa dia sebelum dia pergi hari ahad itu, hari ahad baru inilah. Dia jumpa dia
01:58tak ada tinggi apa-apa tak ada pun kat saya.
02:02Bedah siasat ke atas semua mangsa dilakukan pada pagi Isnin.
Comments

Recommended