00:00Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumut Nusantara SNCC, Dato' Sani Arabi Abdul Alim,
00:06menyifatkan pihak yang melabelkan misi global Sumut Flotilla GSF 2.0 sebagai gagal,
00:11telah terpengaruh dengan naratif dimainkan di Israel.
00:14Beliau berkata kejayaan sebenar misi itu bukan hanya tertumpu kepada soal bantuan berjaya dibawa masuk ke Gaza,
00:21sebaliknya bagaimana ia membuka tekanan antarabangsa terhadap rejim Zionis.
00:27Jadi hari ini kita belajar satu perkara.
00:30Mana-mana orang kata kita kalah kerana gagal menghantar,
00:34sebenarnya orang itu sudah pun termakan, terguna, berpihak kepada pihak rejim Zionis.
00:42Kalau kita merasakan menang itu hanya apabila kapal kita dapat masuk di dalam Gaza,
00:48makanan kita sudah masuk dalam Gaza,
00:51sebenarnya kita salah pilih gelanggang untuk berlawan dengan rejim.
00:54Dan itulah yang telah dilakukan untuk kita memfokuskan kepada Rafah.
00:58Kerana merasakan Rafah buka dan tak buka itu adalah perbincangan.
01:03Menurut beliau, kejayaan sebenar GSF adalah apabila masyarakat dunia kembali memberi perhatian
01:08terhadap isu sekatan Gaza dan tindakan Israel di peairan antarabangsa.
01:12Jadi saya kira itu satu kebanggaan kita dan malam ini saya akhiri bahawa misi ini berjaya,
01:20misi ini menang, kita doakan agar kita semua senantiasa berada di sisi sejarah yang membela Gaza.
01:32Seramai 28 rakyat Malaysia yang ditahan tentu Israel ketika menyertai misi kemanusiaan
01:37Global Sumut Flotilla GSF 2.0 ke Gaza selamat tiba di tanah air pada ahad malam.
01:43Semua mereka berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Istanbul, Turki
01:47pada 11.25 malam Sabtu sebelum transit di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, UAE.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments