Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan bekalan ternakan bagi sambutan Aidiladha tahun ini mencukupi dengan jumlah lembu, kerbau, kambing dan bebiri melebihi unjuran permintaan semasa.
Transcript
00:00Bekalan tenakan bagi sambutan Aidiladha tahun ini mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa di seluruh negara.
00:07Kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM memaklumkan,
00:12berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterina DVS sehingga April lalu,
00:17stok bekalan lembu dan kerbau tempatan direkodkan sebanyak 35,127 ekor,
00:23manakala bekalan import mencecah 16,845 ekor.
00:30Menurut Kementerian itu, jumlah keseluruhan bekalan lembu dan kerbau bagi tujuan korban ialah 51,972 ekor,
00:37melebihi anggaran keperluan institusi seperti masjid, surau dan rumah sembelih yang dijangka sebanyak 40,420 ekor.
00:45Bagi bekalan kambing dan berbiri pula, KPKM memaklumkan stok tempatan direkodkan sebanyak 25,815 ekor,
00:53manakala bekalan import sebanyak 4,232 ekor.
00:56Jumlah keseluruhan bekalan kambing dan berbiri adalah sebanyak 30,047 ekor,
01:01berbanding unjuran permintaan semasa sebanyak 22,424 ekor.
01:06Berdasarkan unjuran data itu, Kementerian memberi jaminan jumlah bekalan tenakan dalam negara mencukupi
01:11bagi menampung permintaan penyembelihan untuk tujuan korban tahun ini.
01:15Dari aspek kesiaksiagaan infrastruktur, KPKM memaklumkan sebanyak 27 rumah sembelih milik DVS
01:20di seluruh semenanjung Malaysia sedia beroperasi bagi tujuan penyembelihan tenakan korban.
01:26Selain itu, DVS turut mengeluarkan lesin kepada 43 rumah sembelih swasta di seluruh semenanjung Malaysia
01:32sehingga 16 Mac bagi menawarkan perkhidmatan penyembelihan yang sah kepada masyarakat.
01:37KPKM turut memaklumkan penganjur yang ingin menjalankan aktiviti penyembelihan korban di luar rumah sembelih
01:43seperti di masjid, surau, sekolah, kawasan perumahan dan tempat awam
01:47diwajibkan mengumumkakan permohonan permit penyembelihan luar berserta dokumen berkaitan bagi mendapatkan kelulusan.
01:54Orang ramai juga disarankan merujuk garis panduan penyembelihan tenakan korban
01:58yang dikeluarkan DVS sebagai rujukan asas sebagai memastikan seluruh proses pelaksanaan ibadah korban
02:04berjalan lancar serta mematuhi standar ditetapkan.
Comments

Recommended