00:00Lebih 20 individu dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan dalam pembinaan di Filipina ketika operasi mencari dan menyelamat
00:08terus giat dijalankan pihak kuasa.
00:11Menurut pegawai, 5 individu disahkan terperangkap termasuk 2 mangsa yang masih dapat berhubung dengan pasukan penyelamat, manakala 18 lagi dipercayai
00:19tertimbus di bawah runtuhan.
00:23Insiden itu berlaku di sebuah bangunan bertingkat yang sedang dibina di Angeles City, utara ibu negara Manila.
00:29Pasukan penyelamat dilihat memanjat timbunan konkret dan besi keluli yang remuk serta diletupi jaring keselamatan hijau dalam usaha mengesan mangsa
00:37yang terselamat.
00:39Pegawai penerangan Biro Pelindungan Kebakaran Wilayah, Maria Liah Sajili berkata,
00:43seramai 24 individu berjaya diselamatkan setakat ini termasuk mereka yang berada berhampiran lokasi kejadian tanpa sebarang kematian dilaporkan.
00:52Dalam perkembangan sama, seorang warga Malaysia berusia 51 tahun antara mangsa yang diselamatkan di hotel bajet berhampiran tempat penginapannya mengalami
01:01kerosakan akibat runtuhan struktur konkret itu.
01:05Pegawai penerangan Angeles City, Jay Pelayo berkata, berdasarkan maklumat awal daripada seorang penyelir tapak yang terselamat,
01:10antara 30 hingga 40 individu pada awalnya di kuatiri terperangkap.
01:15Punca insiden masih dalam siasatan, namun rekod permit menunjukkan bangunan itu diluluskan sebagai kondominium hotel setinggi 9 tingkat,
01:23tetapi pembinaan tingkat ke-10 bagi kemudahan kuala berenang sedang dijalankan ketika insiden berlaku.
01:30Ambulans dan jentera bomba turut ditempatkan di lokasi bagi membantu operasi penyelamat,
01:34namun usaha mengalihkan timbunan konkret besar menjadi cabaran utama kepada pasukan penyelamat.
01:40dan jentera bomba turut ditempat.
Comments