Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Sekumpulan wartawan liputan haji menghasilkan buku “Ajaibnya Kembara Melangit-Mu” yang menghimpunkan pengalaman spiritual dan kisah di sebalik tabir liputan di Tanah Suci.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam pengalaman menjadi tetamu Allah dan petugas media di Tanah Suci menjadi inspirasi kepada sekumpulan wartawan menghasilkan sebuah buku yang
00:09menghimpunkan kisah spiritual dan perjalanan liputan haji.
00:13Buku bertajuk ajaibnya, Kembara Melangitmu, itu ditulis hasil gabungan pengalaman lima wartawan yang pernah bertugas bersama lembaga tamu haji.
00:24Wartawan Liputan Haji 2024, Dr. Azli Nariyah Abdullah maklumkan, buku ini bukan sahaja untuk mereka yang ingin menunaikan haji, tetapi
00:33juga mereka yang belum pernah ke sana kerana ia mengenungi kisah dan pengajaran yang mereka alami sebagai tetamu Allah.
00:40Buku ini dihasilkan kerana kami merasakan bahawa dalam kembara ini sebenarnya ada keajaiban tertentu yang kami kumpulkan dan kami tidak
00:51mahu melawan lupa kepada peristiwa-peristiwa yang spiritual begini, peluang begini apabila kami membuat liputan dan juga kami menunaikan rukun
01:03Islam yang kelima.
01:04Dan buku ini sebenarnya adalah bukan sahaja untuk orang yang mahu mengejakan haji kerana sudah pasti mereka yang menunaikan haji
01:15sudah berada di Mekah dan akan berwukuf esok dan seterusnya menyempurnakan rukun haji dan rukun Islam kelima.
01:24Dan buku ini sebenarnya juga untuk orang yang belum mengejakan haji sebenarnya kerana buku ini adalah rakaman peristiwa-peristiwa kami
01:33kerana kami menjadi saksi beberapa peristiwa yang kami tidak tulis di organisasi yang diwakili oleh kami.
01:40Beliau yang juga editor Astro Awani menegaskan bahawa karya ini membuatkan kisah sebenar dan pengalaman spiritual yang boleh menjadi inspirasi
01:49kepada umat Islam untuk memahami makna perjalanan haji secara lebih mendalam.
01:54Sementara itu wartawan liputan haji pada tahun 2015 dan 1436 Hijrah Rozaman Ismail berkata penghasilan buku ini turut menjadi usaha
02:03mendokumentasikan pengalaman yang jarang dikongsi dalam liputan harian sesebuah bilik berita.
02:10Buku ini juga banyak menyentuh mengenai apa yang sebelum ini kita tak buat dalam current news.
02:19Macam saya sendiri saya adalah petugas haji tahun 2015 dan saya biasanya saya menulis current news saja semasa dan human
02:27interest.
02:28Tapi saya sebagai seorang wartawan kita boleh kata sebagai satu riski walaupun ini ujian besar.
02:34Saya pada tahun saya pergi berlaku dua musibah besar, dua ujian besar, dua tragedi besar.
02:39Satu tragedi kerirutuh, kerirutumbang dan satu lagi yang ini di Masjid di Haram, satu lagi rempohan jemaah di Minah.
02:51Beliau memilih untuk tidak menulis secara penuh laporan tragedi itu kerana beliau berpegang pada prinsip untuk membawa cerita yang baik
02:58-baik tentang tanah suci.
02:59Pendekatan tersebut menonjolkan sisi spiritual dan emosi yang lebih mendalam berbanding laporan berita biasa.
03:07Buku ini bukan sahaja dilihat sebagai catatan pengalaman, malah menjadi sumber inspirasi kepada umat Islam untuk menghayati perjalanan haji dari
03:16sudut rohani dan kemanusiaan.
03:18Buku terbitan Smart Forum Resources ini akan dilancarkan semena pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur yang bakal bermula pada 29 Mei
03:26ini.
03:28Naskah setebal 106 halaman ini juga tersedia di platform media sosial di TikTok dan juga Shopee.
03:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended