Skip to playerSkip to main content
  • 43 minutes ago
Seorang pesara kerajaan maut selepas motosikal terbabas dan digilis lori pasir di Kilometer 6 Jalan Banting-Dengkil. Kejadian jam 5.30 petang; pemandu lori tidak cedera. Polis minta saksi tampil.
Transcript
00:00Seorang pesara kerajaan maut digilis lori selepas motosikalnya terbabas ke lorong tengah di kilometer 6 Jalan Banting-Dengkil, Kuala Langat
00:09pada Selasa.
00:11Ketua Polis daerah Kuala Langat, Supertenden Muhammad Akmar Rizal Raji berkata,
00:15kejadian jam 5.30 petang membabitkan Yamaha 135LC dan lori pasir.
00:23Sesatan awal mendapati lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an dari Olak Lempit, Mahala ke Pekan Banting semasa kejadian.
00:33Setibanya di lokasi, motosikal mangsa dari lorong kanan hilang kawalan dan terbabas masuk ke lorong tengah.
00:39Pada masa yang sama, sebuah lori datang dan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan motosikal.
00:45Muhammad Akmar Rizal berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa jatuh ke jalan dan cedera pada badan.
00:51mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera.
00:57Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mazrul Din.
Comments

Recommended