00:01Perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah
00:06yang selama ini hanya dibaca menerusi Kitab Sirah
00:10kini dapat dirasai dengan lebih dekat
00:13menerusi pengalaman interaktif di Jabal Tur.
00:16Lawatan khas itu disertai petugas media
00:19yang dibawa syarikat penyedia perkhidmatan Holiday in Bakah
00:23bagi menelusuri semula perjalanan hijrah Rasulullah SAW.
00:28Pengunjung disambut dengan suasana pasar
00:31seperti pada zaman Rasulullah SAW
00:34apabila pelakon berpakaian tradisional Arab
00:37bertutur dalam gaya masyarakat ketika itu.
00:41Suasana itu seakan-akan membawa pengunjung kembali
00:44ke zaman awal Islam.
00:47Gua Tur merupakan lokasi Rasulullah SAW
00:51bersama Sayyidina Abu Bakar RA
00:53berlindung selama tiga hari
00:56bagi mengelakkan buruan kaum Quraish
00:59sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.
01:02Pengunjung turut dibawa menyelami pengalaman
01:04berada di dalam Gua Tur
01:06menerusi konsep Point of View atau POV
01:09seolah-olah bersama Rasulullah SAW
01:13ketika peristiwa hijrah itu berlaku.
01:17Perjalanan interaktif itu melibatkan 11 checkpoint
01:20termasuk Ummu Ma'bad, Usfan dan Jufah
01:23sebelum berakhir di Madinah
01:25dengan suasana sambutan Tala'al Badru Alainah
01:29di Masjid Qubah.
01:31Pendekatan interaktif itu bukan sahaja
01:33memberi pengalaman yang lebih mendalam kepada pengunjung
01:36malah membangkitkan rasa cinta terhadap
01:39Nabi Muhammad SAW
01:41serta menghayati pengorbanan baginda
01:43dalam menyebarkan Islam.
Comments