Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Prestasi kukuh itu didorong terutamanya oleh peningkatan pendapatan daripada portfolio ekuiti susulan strategi awal merealisasikan keuntungan ketika pasaran global masih menunjukkan momentum positif pada awal tahun.
Transcript
00:00Kumpulan wang simpanan pekerja KWSP mencatatkan lonjakan ketara prestasi pelaburan bagi suku pertama 2026 dengan pendapatan peningkatan lebih 50%.
00:11KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM27.73 bilion bagi tempoh berakhir 31 Mac lalu, meningkat 51% berbanding RM18
00:22.31 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
00:29Prestasi kuku itu didorong terutamanya oleh peningkatan pendapatan daripada portfolio ekuiti, susulan strategi awal merealisasikan keuntungan ketika pasaran global masih
00:39menunjukkan momentum positif pada awal tahun.
00:41Ketua Peguai Eksekutif KWSP Ahmad Zulkarnain On berkata, pencapaian itu hasil keputusan pelaburan strategik lebih awal bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran
00:51global.
00:51Beliau menegaskan prestasi suku pertama tidak harus dijadikan penanda aras bagi tempoh seterusnya kerana ia berkemungkinan tidak berulang.
00:59Menurut beliau, pengurus portfolio KWSP mempercepatkan penjanaan pendapatan lebih awal berikutan jangkaan peningkatan volatiliti pasaran akibat ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan
01:10ekonomi global.
01:11Dari segi pecahan aset, pendapatan daripada ekuiti melonjak 88% kepada 20.34 bilion ringgit didorong kenaikan indeks utama dunia
01:21pada awal suku sebelum momentum mula perlahan menjelang akhir Mac.
01:25Instrumen pendapatan tetap pula menyumbang 6.76 bilion ringgit atau kira-kira 24% daripada jumlah keseluruhan terus berperanan sebagai
01:34komponen defensif dalam portfolio.
01:36Sementara itu, segmen hartanah dan infrastruktur merekodkan 0.19 bilion ringgit manakala pasaran wang menyumbang 0.44 bilion ringgit.
01:46Jumlah aset pelaburan KWSP meningkat kepada 1.44 triliun ringgit dengan 36% dilaburkan di pasaran antarabangsa.
01:55Pelaburan global menjana 15.36 bilion ringgit atau 55% daripada keseluruhan pendapatan pelaburan suku ini.
02:02Dari segi akaun, simpanan konvensional menyumbang 22.63 bilion ringgit manakala simpanan syariah sebanyak 5.10 bilion ringgit.
02:13KWSP turut merekodkan pertambahan 220,925 ahli baharu menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 18.3 juta ahli.
02:22Bilangan ahli aktif meningkat kepada 10.8 juta dengan nisbah bertambah baik kepada 59 berbanding 41.
02:29Jumlah caruman pula naik 13.3% kepada 38.01 bilion ringgit disokong pertumbuhan caruman sukarela yang mencecah 8.83
02:40bilion ringgit.
02:41Malah, bilangan ahli yang mencarum melebihi kadar berkanun melalui platform iTopUp meningkat hampir 20%.
02:48Bagaimanapun, KWSP menjagakan persekitaran pelaburan global kekal mencabar susulan risiko geopolitik, kenaikan harga minyak serta tekanan inflasi yang kembali meningkat.
02:58Tumpuan kini terarah kepada pemeliharaan modal dan pelaburan berdisiplin bagi memastikan kemampanan simpanan persaraan jangka panjang.
03:06KWSP menegaskan keutamaan kekal kepada pulangan stabil jangka panjang untuk lebih 18 juta ahlinya.
Comments

Recommended